Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Thursday, July 28, 2011

#42. IniAnwarHadi di Kamdar Loq Staq kot...

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...hehe
Kerja hari ni kurang mood sket tapi nasib bek time awal pagi dengan lewat petang customer ramai giler2 ah..haha

Dalam banyak2 customer tu, lebih kurang dalam pukui 5 ptg cam tu kan, aku ter'usha' geng2 KSAH (Kolej Sultan Abdul Hamid)....da nak dekat lebeh kurang 8 orang cam tu, umur pun lebeh kurang aku ja...

Dan...

Dalam geng ramai2 tu, aku tertarik dengan mamat pakai baju oren ni, sebab nampak cam kenal dan agak famous untuk penggemar vlogging ni...
Skali aku turun tangga, tengok2 Anwar Hadi mamat yang pakai baju oren tu...aku teruja la jugak sebab sebelum ni jumpa kt youtube ja...

Dan...

Dengan sepantas kilat, aku roger member2 aku yang laen bagitau depa kata Anwar Hadi mai Kamdaq...haha
Depa pun kalut la dok cari, tanya aku mana satu la, macam2 g...

Dan...

Aku sempat bersalaman dengan Anwar Hadi serta bertegur sapa, dia kata dah cuti sebulan lebey, tinggal bapa hari ja dekat Malaysia ni, nanti posa dan raya kat oversea ja...

Dan...

Aku tak sangka gak Anwar Hadi nak tegur owner blog ni, Naimjamaluddin yang follower tak ramai pun, tak famous cam dia tu...yang hampir 20,000 subcribes channel dia kat youtube...

Dan...

Aku yakin dia balik Malaysia kali ni mesti terkejut sebab dah ramai public recognize dia, tegur dia, mesti dia baru tau yang dia dah famous sekarang ni terutama di kalangan pelajar diploma atau ijazah la kan...

Dan...

Nak ambik kesempatan ni untuk ucap tenks kepada Anwar Hadi sebab sudi tegur kami kat tempat kerja tu, appreciate us as your friends and fans...dan di sini nak promo sket video baru yang dia upload kat youtube...check this out!!!


Jadi, setakat ni dulu...
Sekadar berkongsi keterujaan bersama anda...hehe

Sekian,
Wassalam...

credit: IniAnwarHadi #2 di belakang MatLutfi90 dalam senarai top vlogger Malaysia
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, July 27, 2011

#43. 20 Tabiat Yang Menggemukkan Anda

Assalamualaikum...
dan diharapkan kepada pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat sokmo lah...hehe

Kali ni bukan nak cer pasal AnwarHadi, tapi nak cer pasal tabiat2 yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri2 anda pembaca yang dikasihi sekalian...hehe

1. Makan makanan yang rendah lemak
2. Tidak mendapatkan nasihat pakar pemakanan
3. Tidur terlalu sikit dan terlalu banyak
4. Makan makanan 'percuma' yang diberi restoran
5. Meminum soda
6. Tidak makan (diet)
7. Makan terlalu cepat
8. Tengok TV banyak sangat
9. Pesan makanan set "combo"
10. Makan secara "buffet"
11. Memilih hidangan "Large"
12. Makan hidang
13. Memilih roti putih
14. Makan dengan gigitan besar
15. Kurang meminum air masak
16. Mempunyai rakan yang memiliki berat badan berlebihan
17. Makan terlalu lewat
18. Tak guna penimbang berat (bukan timbang kati kat pasar tu k...hehe)
19. Meminum minuman berasaskan buah
20. Makan ketika emosi tidak terkawal/tenteram

Jadi, mana satu tabiat yang selalu anda buat???
Aku yakin, ramai yang terkejut sebab banyak benda yang dilakukan oleh kita seharian tersenarai kat atas ni kan...hehe

Ni untuk pengetahuan umum ja...
Untuk maklumat tambahan, klik kat sini >>>>>20 habits that make you fat

Jadi, setakat ni dulu...
Kalau translate tak betoi tu, paham2 la noh, aku ni tak teror sangat English...tapi sedia menerima teguran dari anda... =)

Sekian,
Wassalam...

credit: penimbang berat rumah aku rosak...huhu

Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 26, 2011

#41. Beg Pink

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...

Nak merapu sket kali ni...
Sebab seumur hidup aku tak pernah memperagakan beg pink untuk masuk U atau pergi berjalan mana2 la kan...

Tetapi pada Rabu minggu lepas, aku telah memperagakan beg pink hasil sumbangan ikhlas adik aku yang form 3 tu untuk diisi dengan notebook dan beberapa dokumen penting...

Ni beg pink yang dinyatakan tu..hehe


Sampai satu tahap aku masuk U sambil galas beg ni aku wat tak heran ja...
Wat tak kesah ja kalau2 orang usha plek aku nanti...hehe

Tapi...ada sebab aku guna beg pink tu...
Aku tertinggal beg yang selalu digunakan kat rumah sewa, memang tak sempat dah nak singgah rumah sewa sebab takut lambat masuk U, jadi terpaksa tekan butang kecemasan, mintak tolong adik aku yang bongsu tu...hehe

Jadi, tak salah kan rasanya kalau aku guna pun sebab memang emergency sgt time tu...hehe
Tapi, jangan pulak dok pkiaq negatif kat aku sudah... =)

Setakat ni dulu,
Nak cer pasal tu ja kali ni, pastu kalau sempat nak join WW untuk esok bersama blogger2 laen..hehe

Sekian,
Wassalam...

credit: jangan ingat aku sokong Jambu MaharajaLawak pulak... =)

Klik beribu lemon di sini...

Sunday, July 24, 2011

#40. Diva Antarabangsa Ditemui Mati...

Assalamualaikum...
dan selamat berbahagia kepada anda...

Diva antarabangsa mana yang mati???
Haa...bagi yang update pasal berita mesti tau kan sapa yang mati ni...

Amy Winehouse, kenal tak???
Dia ni terkenal dengan lagu Rehab suatu masa dulu...


Dan...

Sekarang ni, lagu terbaru Amy, Back to Black mendapat sambutan hangat sejak pelancaran album baru beliau setahun yang lepas...


Amy Winehouse terkenal dengan suara dan lagunya yang agak unik dan klasik...
Bagi aku, ramai yang tertarik dengan Amy ni sebab genre yang digunakan laen dari artis sedia ada...

Dan...

Bagi aku jugak, kebanyakan dari lagunya menceritakan tentang kisah hidup dia...
Antaranya "Rehab", dia ni terlibat dengan najis dadah dan telah menjalani proses pemulihan tetapi masih gagal....

Sehinggalah ke album terbarunya "Back to Black" yang dipandang peminat sebagai kembangkitan kepada Amy Winehouse yang baru, yang suci kerana ketika ini dia tengah berjuang untuk menjauhi dadah...

Tepapi malangnya, ketika sedang mendaki gunung yang tinggi, yang mempunyai pelbagai halangan yang sukar untuk sampai ke puncak, Amy Winehouse, 27, meninggal dunia di rumahnya tanpa diketahui punca kematian beliau... (bermadah pulak....haha)

Nak berita lebih lanjut, tanya en.Yahoo @ mR.Google k.... =)

Sekian, setakat ni dulu update blog...hehe
Wassalam...

credit: 4 org sahabat di kedah dihukum gantung akibat kanabis... =(
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, July 21, 2011

#39. Terharu

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera kepada anda...hehe
Entri kali ni lebih kepada penghargaan seket...

Penghargaan ini lahir lepas aku rasa terharu dengan blogger2 yg support aku sekarang ni...
Terharu sebab dorang ni dh la follower ramai tapi tetap add aku, tetap follow aku, pastu sggup list dorang punya blog kt atas tu...

Antara yg ramai follower dan blog dia pn cntk beribu lemon dari aku ialah:
lynn <<<

dan ramai lagi la...hehe

tapi jangan terasa pulak bila aku x list blog korank kt atas ni bukan bermakna x support aku, tapi aku promote laen kali, ok!!!! =)

ramai sebenarnya blogger2 yg bgus2, yg list blog dorang kt atas ni suma superb2 la otak depa...x caya, try la blogwalking tengok...

dan...

InsyaAllah, setiap Khamis mlm Jumaat aku akan promote 3 blog sebagai entri mingguan aku...diharapkan blogger2 yg dipromote tu promote aku balik la nanti...hehe

Melawak ja, aku promote ikhlas, tak harapkan balasan pa2 pn sebenaqnya...haha

Tak cukup masa ni,
Setakat ni ja dulu...

Ingat, we support each other...=)
Sekian,
Wassalam....

credit: blogger2 laen kena sabar tunggu turn k... =)
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, July 17, 2011

#38. Ads Terbaru Nuffnag

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera....

Diharapkan pembaca sekalian sihat2 selalu...hehe

Entri kali ni nak update pasal iklan baru dalam nuffnag yang aku baru perasan...hehe
Xtau la kot2 aku baru sedar ka, pdhal iklan ni dah lama ka kt nuffnag, xtau la kan... =)

Ni iklan dia....MTV World Stage 2011

Amacam??? Menarik kan iklan ni...
Mungkin menarik bagi aku ja la tapi orang laen rasa besa ja ka...mana aku nk tau kan...hehe

Bagi aku menarik sebab band2 top turun Malaysia kot...kalau aku dok dekat Shah Alam memang aku nak pi dah ni...

Yela, sebab band2 yang turun ni bleh dikatakan suma favourite aku...hehe
Neon Trees top dgn lagu Animal....
30 Second to Mars pulak top dengan lagu The Kill, Yesterday pastu single terbaru King and Queen...setakat yang aku tau la..hehe
Beast dengan Pop Shuvit tu aku slow sket, x update sangat...hehe
Tapi kalau tak silap Beast band korea yang tengah top gak la ni...aku minat gak depa ni...

Kepada yang berminat, dapatkan tiket cepat2 ok sebab Ahad minggu depan dah nak mula MTV World Stage ni...hehe
Klu nak dapat tiket free dari Celcom, masuk peraduan kat atas ni dengan mengikut syarat2 yang telah ditetapkan...hehe

Kepada yang berminat nak join contest ni, Gud Luck yooo... =)

Setakat ni dulu...
Kalau da pa2 update nanti aku bgtau laen k...

Sekian,
Wassalam...

Credit: kalau MTV ni bawak Maher Zain pun ok gak rasanya... =)

Klik beribu lemon di sini...

Friday, July 15, 2011

#37. 10 Ciri2 Lelaki Kasanova

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...

Entri kali ni agak sensitif untuk kaum Adam tapi ni just for knowledge ja...
Knowledge untuk kaum Adam dan juga Hawa.... =)

Kaum Hawa diingatkan JANGAN salah paham dan pandang serong kepada kaum Adam bila dah habis baca entri ni...hehe

Ni dia ciri2 lelaki kasanova ni...antaranya :-

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.


Itulah 10 ciri2 lelaki kasanova yang dipetik dari Kerangs.net...
Diharapkan di kalangan pembaca lelaki tidak memiliki satu pun dari ciri2 di atas ni...hehe
Jaga la hati kaum Hawa wahai kaum Adam... =)

Setakat ni saja...
Ingat, sebagai renungan bersama ja ni tau...hehe

Sekian,
Wassalam...
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, July 13, 2011

#36. Keputusan Malaysia vs Arsenal (2011)

Assalamulaikum...
dan salam sejahtera...

Entri kali ni nak wat ringkasan pasal game Malaysia lwn Arsenal tadi...hehe
Keputusan memihak Arsenal dengan 4 gol tanpa balas...
Highlight bertulis pada perlawanan tu adalah seperti berikut...hehe


Ramsey 4' penalti - disepak ke tengah, Gol
Safiq Rahim 24' - ditepis keeper Arsenal
The0 Walcot 36' - keeper Malaysia lemas, Gol gak
Ramsey try 51' - bola naek ke bulan
Carlos Vela 58' - cip bola yang menarik, Gol gak
Rosicky try 80' - dah lupa cena =)
Rosicky 90' - tanduk seket ja, di assist oleh Persie, Gol gak
Ashaari 90' + 3' - berjaya ditangkap kemas keeper Arsenal

Setakat ini dulu,
Jangan sebab friendly ni, kita tak sokong Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia lawan Singapore pada 23hb ni pulak...hehe

Sekian,
Wassalam...

credit: dengar cita, time Malaysia hold ball, kena boooo.... =(
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 12, 2011

#35. Lelaki Bisu Terjun Bangunan

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...

entri kali ni pasal berita dalam Berita Harian ja...hehe
Kejadian ni terjadi dekat hospital Selayang...

Lelaki tu dipercayai pekak dan bisu

dan...

Sedang mendapatkan rawatan untuk penyakit tibi sejak Sabtu lalu...

dan...

Ntah la pa motif lelaki tu membunuh diri...

Aku rasa la mungkin dia 'moral down' sebab penyakit dia tu kot...

ataupun...

Dia ada penyakit mental, time tu nurse pulak tak jaga dia...pastu tengok tingkap hospital terbuka pulak, pa lagi.... <<<< assumption ja..hehe

Tapi harap2 jangan la pembaca ikut lelaki ni, comform tak masuk syurga kalau bunuh diri mengikut agama Islam...

Jadi, setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya...hehe

Setakat ini sahaja,
Sumber dari Berita Harian...

Sekian,
Wassalam...

credit: terjun dari tingkat 9 tu....pergghhhh!!!!


Klik beribu lemon di sini...

Friday, July 8, 2011

#34. BERSIH just started

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...
moga negara kita akan aman dan tenteram sampi bila-bila...


Kuala Lumpur sedang tegang sekarang ni....
Sebab BERSIH 2.0 sedang bergerak....

Entri kali ni just nak kongsi kalau ada di kalangan anda nak tau update pasal BERSIH 2.0 ni
klik link kat bawah ni....

Semakin ramai telah ditahan sebentar tadi....

Sekian,
Diharapkan keamanan negara ini berterusan...

Setakat ini dahulu,
Wassalam.

credit: diharapkan tidak meragut nyawa mana2 pihak... =(

Jom shopping di sini >>> blogshop =)
Klik beribu lemon di sini...

#33. Cara Atasi Panas Baran

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...


Sihat2 ke tak anda sekarang????
Kalau tak sihat, rasa cam senang nak naek angin tak????hehe

Haa, entri kali ni nak cer pasal cara2 untuk atasi panas baran...yang dipetik dari akhbar Kosmo...

Kosmo menceritakan bahawa panas baran bukan sifat keturunan sebaliknya ia adalah "sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang".

Hal ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus bergantung kepada kehendak diri individu terbabit...

Rasulullah SAW juga mencadangkan dua kaedah untuk mengatasi panas baran iaitu mengubah posisi seperti kita sedang marah ketika berdiri, jadi kita perlu duduk untuk mengurangkan panas baran time tu dan kaedah paling berkesan ialah dengan mengambil wuduk...

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda " marah datangya dari syaitan dan syaitan diciptakan daripada api, sedangkan api pulak hanya dipadamkan dengan air". Oleh itu, salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah berwuduk (hadis Riwayat Abi Daud)

Kalau ikut kaedah psikologi, panas baran berpunca dari kegagalan seserang individu mengawal emosi dirinya...

Jadi, terdapat beberapa langkah yang disarankan oleh pakar psikologi seperti:

1) Jauhkan diri dari situasi menimbulkan marah
Kalau dah tau pasangan anda cepat naek angin, jadi jangan la buat perkara2 yang ble menyebabkan dia naek angin k...hehe

2) Mendiamkan diri ketika marah
Aku caya cara ni mesti ramai orang buat kan untuk mengelakkan sesuatu keadaan tu jadi lebey serius kan...hehe..tapi kaedah ni antara yang terbaek tapi bila kerap kita mendiamkan diri, orang akan pijak kita balik...huhu

3) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
Selalu orang marah2 mesti kata macam2 benda yang negatif kan beserta dengan muka bengis dan berkerut...Jadi, kita tukar stail dengan marah sambil senyum ataupun perli orang yang wat kita naek angin tu. Tapi, perli sket2 sudah la...nanti orang tu angin balik dengan kita pulak..hehe

4) Luah pada masa dan tempat yang sesuai
Luah perasaan marah jika perlu dan kena pada tempatnya...Jangan pendam sebab bila pendam akan menyebabkan barah panas baran semakin membesar...hehe

5) Bawa bertenang
Acting cool...still chill..walaupun anda tengah marah dekat seseorang tetapi cuba bertenang, p mnum air masak dulu ka time marah tu, mana tau kot2 reda seket panas baran time tu...tapi bawa bertenang ni lbey kurang macam point nomot 3 tu...hehe

6) Senyum
Had ni paling baguih, walaupun marah still try senyum untuk mengelakkan kemarahan menjadi semakin serius. Yela, syaitan yang dok hasut kat belakang, kalau kita jadi marah mesti syaitan syok tapi kalau kita ble lagi bagi senyuman mesti syaitan panas baran balik kat kita...hehe

Jadi, setakat ini sahaja...
Panas baran jangan dijadikan tabiat hidup k...
Guna bila perlu sahaja...hehe

Sekian,
Wassalam.

credit: senyuman yang terukir sentiasa menjadi penawar kepada kemarahn dan sikap baran anda =)
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, July 6, 2011

#32. Tupai Jenis Panjang Umur

Assalamualaikum...
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian...diharapkan sihat2 selalu..hehe

Kali ni nak cer pasal sekor tupai yang terselamat daripada dibelah oleh keta Lamborghini..
Cer tengok video kt bawah ni dulu:


Wow!!!!
Biaq betui....hehe

Memang timing tupai tu cun2 kan...
Kalau dia lewat sesaat atau cepat sesaat, cmfm si tupai tu akan cedera parah ataupun mati di tempat kejadian....

Sebab tu entri kali ni diberi nama tupai panjang umur...sempena dengan peristiwa yang terjadi di sebuah trek keta...

Diharapkan kepada tupai2 laen, tengok kiri dan kanan dulu sebelum melintas ek... =)

Setakat ini sahaja,
Tak jumpa lagi pic menarik untuk segmen "wordless wednesday",
Diharapkan minggu akan datang akan ada jugak entri WW ni...hehe

"follow me and certainly i'll follow you back" (",)

Sekian,
Wassalam.

credit: lamborghini tu tengah pecut 100++mph time tu... =)
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 5, 2011

#31. Gaya Rambut Gurl Terkini 2011

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera, diharapkan pembaca sekalian sihat2 belaka...hehe

Kali ni nak merapu pasal stail rambut "freehair" gurl yang terkini...

Antaranya :

1)Nikki Reed punya stail rambut...pelakon Twilight yang jadi pompan jahat tu...dia la ni...hehe
Jenis da 'remoih' kad depan tu...


2)Stail rambut Megan Fox. Lurus menawan orang kata... Ex-heroin Transformer la katakan...

3)Michelle Trachtenberg punya stail rambut....ala2 kuda pony cam tu..hehe


4) Jennifer Hudson punya stail. Dia ala2 "sexy shag" sket2...hehe


5) Rambut stail Ginnifer Godwin ni simple kan, pendek dan versatil. Kelihatan kemas dan rapi


6) Hillary Duff ketika rambut pendek. Dia wat gaya sanggui sket kat rambut dia tu..


7) Anna Faris yang suka berlakon cerita "Scary Movie" ni. Kalau anda perasan la kan...hehe
Rambut dia cantik gak sebab lurus dan warna rambut yang menarik

8) America Ferrera punya stail macam kuda pony gak cuma dia letak rambut sama ada belah kiri atau kanan setelah diikat...hehe


Setakat ni dulu,
Nanti jika tiada aral melintang, aku wat versi tudung pulak ok..hehe
Dan, entri untuk trend rambut lelaki yang pernah di post sebelum ni di sini >>> rambut lelaki2011

Sekian,
Wassalam...

"follow me and certainly i'll follow u back fellas" (",)

credit: macam2 aih trend rambut la ni.. =)
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, July 3, 2011

#30. Kerana Bulu Mata Masuk Syurga

Assalamualakum...
Entri kali ni bertemakan keagamaan...
Jadi, renung-renungkan...


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,


“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”


“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”


Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”


Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”


disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”


Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”


Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”


Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”


Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”


Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”


“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”


Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”


“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:


“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.., maka perbanyakkanlah kita dengan bertaubat dan tangisilah dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan air......janganlah kita berputus asa dengan Rahmat Allah....sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”?

Sekian,
Sebagai peringatan kepada anda dan diri aku sendiri... =)

Setakat ni saja,
Wassalam.

credit: pernah ka aku mengalirkan air mata???
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...