Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Thursday, June 30, 2011

#29. Goodby "June", itr your turn "July"...

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...


Jumpa lagi June tahu depan dan dialu-alukan ketibaan July...diharapkan July dapat dipenuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah dan dimurahkan rezeki olehNya...amin

Cam mana semua???
Benda apa yang telah anda capai dalam June, peristiwa apa yang masih segar dalam fikiran anda yang dikongsi bersama June???

Mesti banyak kan...
Bagi aku peristiwa yang tak boleh dilupakan ketika June :
a) result exam kuar pada 17 hb
b)exam intersesi 20hb
c)tempat kerja banjir 29 hb >>>> rujuk entri tempat kerjaku banjir
d)israk mikraj 29hb gak

dan...

Bagaimana dengan anda???
Takmau share ka apa yang telah anda lalui bersama June???
Kalau nak share dialu-alukan dengan hati terbuka..hehe

dan..

Bagaimana dengan July???
Adakah anda mengambil iktibar dari June untuk terus berdiri teguh menempuhi halangan July???

Bagi aku..
July ni aku nk tambah follower blog setakat mana yang mampu,
Pas2 nak bagi entri aku lagi berkualiti sket sebab selalu dok merapu ja banyak..hehe
Pas2 aku nak jadi seorang pekerja yang lebih rajin dan bersemangat untuk bekerja sebab selalu ja malas dalam department... =)

Bagi anda...
Mesti nak cuti puas, nak enjoy puas2, nak makan puas2 dengan July sebab bulan puasa akan menanti dalam Ogos...tak gitu????hehe

Tak kisah la cam mana anda luangkan masa untuk June dan July tapi yang penting anda tidak membuat perkara yang menjatuhkan diri sendiri macam hisap dadah, dan terjun bangunan macam berita semalam, boleh pulak terjun bangunan time perhimpunan...berani kot budak form 6 tu...haha

Setakat ini sahaja rasanya,
Ingat, hargai July dengan aktiviti berfaedah ya rakan2... =)

Sekian,
Wassalam....

credit: im ready for u July =)



Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, June 29, 2011

#28. Tempat Kerjaku Banjir

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...


Keajaiban telah berlaku kali ni...

Sebab...

Tempat kerja part time aku banjir...haha
Selama 4 tahun aku kuar masuk keja kat KSB ni, x pnh g kena banjir...
Ni 1st time dan 1st experience aku yg KSB banjir...

dan...

Tenaga2 staf telah dikerah utk mengeringkan air yang bertakung hampir paras buku lali..
Selama dua jam lebih baru air berjaya dikeluarkan sepenuhnya...

dan...

Sedih skali sebab customer dah la tengah ramai hari ni, tiba2 banjir pulk...
Baru tangah layan wat sale rini, ribu2 dah dapat...kes cuti Israk Mikraj sama..hehe
Dah hujan, takleh la nak wat sale untuk customer dan KSB terpaksa tutup untuk kerja pembersihan...hehe

lagi...

Antara punca banjir terjadi ialah kerja2 membuat jambatan baru kat depan KSB dan hujan yang amat-amat lebat petang tadi..

Diharapkan pada masa akan datang tak banjir dah la cam ni, susah nek berniaga kot kalau selalu cam ni...hehe

Sekian, setakat ini saja
Wassalam....

credit: teka seniri tempat kerja aku tu...hehe =)
Klik beribu lemon di sini...

Monday, June 27, 2011

#27. Lelaki Melayu yang hot di Youtube

Assamualaikum...
dan salam sejahtera...

Entri hari ni berkaitan sket dgn yang kelmarin punya...
Yang mengisahkan remaja2 yang rajin upload video untuk berkongsi pandangan mereka dengan umum..

dan...

Mereka ni memang pandai menyusun video mereka mengikut kreativiti masing2 dan content jugak semuanya menarik...
Terdapat antara mereka yang gila2 sket dan terdapat yang memberi komen dengan penuh kematangan (merapu kurang) dan sebagainya...hehe

Antaranya....

1st- Matlutfi90
Seperti yang telah dipost baru2 ni, matlutfi90 bakal keudara di televisyen tidak lama lagi, jadi jangan lupa 'debut' beliau dalam tv9 jam 6.30pm dalam rancangan remaja..hehe

Ni video terbaru dari marlutfi90


2nd- IniAnwarHadi
Sapa yang tak kenal lagi Anwar Hadi ni, ble la tengok video paling latest dia kat bawah ni.
AH ni suka maen2 sket tapi dia punya content kebanyakan berkaitan dengan perangai kita seharian..hehe

Ni video terbaru dari IniAnwarHadi


3rd- aimanazlan90
Aiman ni banyak yang kenal dia sebab Anwar Hadi pernah promote dia punya video sebelum ni tapi tak kurang hebatnya dengan dua individu kat atas ni.
Aiman ble dikatakan 100% speaking dalam video dia tapi word yang digunakan mudah difahami.
Dia banyak memberi nasihat berkaitan dengan agama sket...

Check it out his latest video


Hopefully, semua enjoy entri kali ni...
Depa ni hebat2 semua kot..ingat senang ka nak produce video yang sesuai untuk public...
Jadi depa ni bukan calang2 orang la kan...
Semuanya mempunyai bakat terpendam masing2...hehe

Kalau ada lagi jenis cam depa ni best, ble kongsi kt komen bawah ni k...
Setakat ini sahaja.

Sekian,
Wassalam.

credit: susunan di atas starting from the most viewed video..hehe =)
Klik beribu lemon di sini...

#26. Jerung meluncur dengan manusia

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...

First of all, tgk video ni dulu...hehe


Seperti yang dapat disaksikan, terdapat seekor jerung yang maen ombak skali dengan "surfer" yang laen...

Mesti tak caya kan...kita tak dapat nak pastikan tu betol2 jerung ke tak tapi tu lah yang dihebohkan dalam youtube dan yahoo la ni...hehe

Kita boleh buat pepatah baru ni, "ombak yang tenang, jangan disangka tiada jerung"...hehe

dan...

Kejadian ini dirakamkan di New Smyrna beach dekat Florida...Jadi, hati-hati meluncur di Florida ya rakan-rakan... =)

Sekian, setakat ini sahaja
Wassalam....

credit: kat Sunway Lagoon ada ombak jugak kan...hati-hati...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, June 26, 2011

#25. Mexico Juara Piala Concacaf

Assalamualaikum....

Nak review sket pasal final USA vs Mexico pada final Piala Concacaf kelmarin...
Keputusan memihak kepada Mexico dengan kemenangan 4-2..

Ni link untuk tengok highlight final ni...
2011-06-26 USA - Mexico 2-4 - CONCACAF Gold Cup - Football Highlight Video

Apa yang menarik, Mexico sudah ketinggalan 2 gol dalam masa 23 minit tapi depa sempat menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama tamat..

dan...

Pada separuh masa kedua Mexico menambah dua lagi gol untuk meletakkan mereka di depan dengan jaringan 4-2 untuk melayakkan mereka bergelar juara untuk kali ke-6 rasanya...

dan...

Diharapkan skuad kebangsaan Malaysia akan menang pada perlawanan menentang Taiwan pada 29 Jun 2011 ini...

Jika nak dibandingkan dengan Mexico memang tak boleh la tapi kita ambik semangat juang Mexico yang tidak mudah menyerah kalah sehingga ke wisel penamat.

dan...

Hasilnya, Mexico berjaya menang Piala Concacaf...Diharapkan pemain Malaysia menunjukkan semangat yang sama, tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang...

Berjuanglah dengan semangat Harimau Muda...Malaysia boleh!!!

Sekian, setakat ini sahaja,
Wassalam...

credit: tahniah sekali lagi kepada Mexico, good luck kepada Malaysia... =)
Klik beribu lemon di sini...

#24. Matlutfi90 masuk TV kot...

Assalamualaikum...

Kali ni nak heboh sket pasal sorang student oversea yang semakin popular di kalangan pengunjung Youtube...
Sesiapa yang kenal matlutfi90 no mesti akan ingat lawak jenaka yang dia wat dalam video dia...

Kat bawah ni video terbaru dari matlutfi...

Menurut sumber yang terdapat dari Mamat, matlutfi90 ni akan live dalam rancangan Remaja di tv9 pada 1 Julai 2011 nanti...

Famous kan matlutfi ni, sampai tv9 pun cari dia untuk slot Remaja...
Ternyata matlutfi mempunyai fans yang tersendiri sehingga dipanggil untuk program tersebut..
Ye la, sapa nak interview orang yang tak famous kan...hehe

dan...

Ni adalah 1st appearance matlutfi di kaca tv tau...

Matlutfi90 akan berada dalam rancangan remaja pada: 1 Julai, 6.30pm di TV9, not TV3

Sebagai salah sorang peminat dia, tak salah kalau nak promote dia dalam blog ni kan...hehe

Selamat menonton...

Sekian,
Wassalam...

credit: tahniah kepada matlutfi90....hidup matlutfi.. =)
Klik beribu lemon di sini...

Friday, June 24, 2011

#23. Keindahan "Tanah Lot"...

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...

Akhirnya, berjaya jugak meringankan tangan untuk menulis entri baru..hehe
Kali ni nak kongsi pasal salah satu tempat peranginan yang famous kat Indonesia especially dekat area Bali...

Nama tempat ni "Tanah Lot"...kalau dekat Malaysia kita cuma jumpa "tanah lot untuk dijual"

tetapi...

Dekat Indonesia, kita akan dengar ramai orang cakap "Tanah Lot untuk dilawati"...hehe

sebab...

Memang cantik Tanah Lot ni, sebab dia kawasan tepi pantai sama,
Memang sesuai untuk percutian keluarga atau "honeymoon" pun bleh gak...

Yang menjadi daya tarikan dekat sini ialah sebuah kuil kecil yang membentuk seperti pulau..
Memang menarik kot 1st time aku tengok..

dan...

Dipercayai kuil ini dijaga oleh ular yang terdapat dekat kuil tu...
Mereka percaya ular tu datang dari "tuhan" depa la...rasanya kuil ni lebih kepada kuil Hindu rasanya...

Kat bawah ni nak kongsi beberapa gambar yang agak menarik sebagai penutup kepada entri malam ni...enjoy =)









So, pa pendapat anda???
Menarik kan, jadi mula la simpan duet dari sekarang...hehe

Setakat ini sahaja untuk kali ni,
Sekian,
Wassalam... =)

credit: nak lebih maklumat, klik sini >>>> TanahLot

<<<<<<<<klik iklan tepi ni skali..hehe

Klik beribu lemon di sini...

Saturday, June 18, 2011

#22. Minum "Milo" ja untuk hidup

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...

Entri kali ni nak cer pasal mamat kat atas ni...
Aidil nama dia, umur baru 25 tahun tapi kerja la ni sbg "Pengurus web Tonton di Media Prima"..
Hebat tu...

dan...

Sesetengah pembaca mesti kenal mamat ni sebab dia budak sekolah aku dulu...hehe
Tumpang glamour sekaki sebab paper "Berita Minggu" baru ni ada cer pasal Aidil ni...

dan...

Kalaun nak tau, yang menarik pasal Aidil ni, dia dari lahir tak pernah makan makanan pepejal...
Badan dia boleh terima cecair ja dan sebab tu dia meminum hampir 15 gelas "Milo" tiap2 hari..
"Milo" boleh dikatakan makanan rugi bagi Aidil ni...

dan...

Oleh sebab tu time sekolah dulu kami panggil dia "Melo"...hehe
Makanan special yang dia boleh jamah hanyalah sup...

tetapi...

Dia tetap bersyukur dijadikan macam ni walaupun kadang2 dia jelez tengok kawan2 laen menikmati makanan yang sedap2...
Sifat macam ni yang kita harus contohi, "redha dengan ketentuan Allah"...

dan...

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik sini>>>>Aidil

dan...

Kalau difikirkan balik memang betoi la kan iklan "Milo" penah kata cam ni, "Minum Milo anda jadi sihat dan kuat".... =)

dan...

Setakat ni sahaja...
Sekadar berkongsi maklumat untuk dijadikan sebagai renungan...

Sekian,
Wassalam.

credit: dari umur setahun Aidil tak makan makanan pepejal =)
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, June 15, 2011

#21. Tips Ketika Menunggu Result Exam

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...


Ehem3....dah banyak sangat kan entri yang berkaitan perkahwinan,
Jadi kali ni kita tukaq tema sket...yang fokus kepada arah pelajaran pulak...

dan....

Seperti mana yang diketahui oleh semua budak2 degree UiTM, result kita akan kuar kurg 24jam dari sekarang kan...

Jadi...

Tekanan menunggu result kuar tu agak tinggi bagi sesetengah pihak sebab:
a) epectation tinggi dari 'parents'
b)takut tak lepas 'target peribadi'
c)takut sesetengah subjek kena repeat
d)takut kawan @ bf/gf dapat elok dari kita
e)takut sistem UiTM kena 'hack'.... =)

dan...

Di sini disediakan beberapa tips untuk mengelakkan diri kita dari tekanan2 tersebut seperti:
a)sibukkan diri dengan aktiviti menarik macam tengok 'movie' ka
b)menalifon 'parent' untuk menceritakan yang kita tengah 'ketaq' tungg
u result, takut result kita nanti hampakan depa
c)calling bestfriend untuk berkongsi tekanan dengan mereka dan macam besa, rakan kita tu pasti akan bagi feedback 'positif' untuk menyedapkan hati kita.... =)
d)ambil wuduk, solat pastu baca al-Quran, insyaAllah tekanan akan berkurangan
e)tido sampai la result kuar esok tu baru bangun
f)dan pelbagai lagi alternatif yang sama waktu dengannya...

dan...

Ketika membaca post ni, mesti ramai yang tengah pkir sambil tongkat dagu macam gambar kat bawah ni sambil tertanya-tanya "ish, agak2 aku ble perform ke tak sem ni, macam mana la result aku agak2....?"

dan...
ingin berpesan di sini kepada rakan2...

Kita dah puas berusaha time final hri tu kan,
Jadi sekarang masa untuk kita bertawakal sahaja...
Kalau dapat rendah dari kita expect, tu mungkin pengajaran untuk kita berusaha lebih kuat pada masa akan datang....DAN...
Kalau dapat tinggi dari kita expect, banyak2 la bersyukur kepada-Nya kerana tanpa redha dari-Nya, tak mungkin kita boleh dapat result elok macam tu...

dan...

Setakat ini sahaja,
Walau apa terjadi, yang penting kita jgn mudah putus asa...
"Masa depan kita, diri kita sendiri yang tentukan"

Sekian,
Wassalam....

credit: ditegur ramai sebab banyak entri berkaitan "perkahwinan"... =)

Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, June 14, 2011

#20. KES Lelaki Tak Layak Jadi Suami Part 2

Assalamualaikum....
sambungan kepada entri semalam ni...

Kat sini, terdapat lagi 10 KES yang menyebabkan si lelaki tidak layak menjadi suami untuk si perempuan....

dan...

Terlupa nak kredit smlm...
Sumber dari blog amiraizat....renung-renungkan... =)

1. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

2. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

3. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

4. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

5. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka sianak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

6. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

7. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

8. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu
dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

9. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri,tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

10. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

Kes untuk part 2 ni nampak agak bahaya sket...
Tapi tulah, kepada para pembaca diharapkan mengambil kes kat atas ni sebagai peringatan tak kira jantina lelaki ataupun perempuan...
Suami sepatutnya menjadi ketua keluarga dalam semua perkara untuk memimpin keluarga mendapat keberkatan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dari-Nya.

Sekian,
Setakat ini sahaja,
Wassalam

kredit: untuk edisi lelaki, takat part 2 ni saja, part 3 tak dak...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Monday, June 13, 2011

#19. 9 KES Lelaki Tak Layak Jadi Suami

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...
Todia, tajuk panas pada entri sebelum ni disambung lagi dengan entri yang melibatkan belah lelaki pulak...sebab untuk bagi adil dan atas permintaan ramai, terjumpa gak la bahan yang sesuai untuk golongan lelaki yang tak layak dijadikan 'suami'

tapi ingat....

ni kes-kes yang menyebabkan lelaki tak layak jadi 'suami'...nak cari Islamic punya term tak jumpa lagi...jadi untuk masa sekarang, ni ja yang ada...selamat membaca =)

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

8. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

9. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

Setakat ni saja untuk kali ni...
Diharapkan pembaca lelaki 'take note' kali ni...
Untuk dijadikan sebagai peringatan agar benda2 macam ni tidak dilakukan oleh kita sebagai ketua keluarga pada masa hadapan...

Sekian,
Wassalam.

Credit: antara 9 ni, rasanya num 6 perlu diberi perhatian khusus oleh kaum Adam =)

Klik beribu lemon di sini...

Sunday, June 12, 2011

#18. 6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera....

Nak berkongsi satu cerita antara seorang ustaz dan seorang lelaki mengenai golongan yang bahaya dijadikan isteri...

p/s: dipetik dari bloggercrew untuk dikongsi oleh anda semua...

Tadi masa dekat pejabat, aku jumpa dengan Ustaz Manap. Ustaz Manap ni guru Quran, selain dari jadi guru Quran, dia gak femes sebab dia boleh dikatakan terror menjadi agent pencari jodoh dekat area Teluk Intan. Aku tanya Ustaz Manap,

"Ustaz, saya nak kawin la. Tapi takde jodoh lagi, boleh tolong carikan jodoh untuk saya tak???"

"Issshhh... muka hemsem, badan solid, takkan susah cari jodoh kot?" balas Ustaz Manap.

Hensem??? Badan solid??? BENAR USTAZ!!!!! BENAR TU!!! Wakakakakakakakkaa!!! Kalau dah nama pun Ustaz, mana nak menipu betul tak? Jadi jelaslah dekat sini bahawa saya Mohamad Aizwan Ali aka Botaq seorang yang kacak dan berbadan tough.... Owhhh yeaaaaahhh!!!!

"Wan, kalau nak cari isteri, jangan cari 6 calon isteri yang ada ciri-ciri macam ni."

"Apa dia tu Ustaz?"

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhh!!! Bahaya ni... Benda yang 18 tahun cerita negatif si suami, dia ingat tapi pasal 18 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let's say, tukar lampin anak la, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposssss...... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya........ Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Haaaaaa!!!?????

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaaa dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak???" ... Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa sikit bangkang pun.

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini idak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu.. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat.


Sekian...sekadar renungan bersama
Wassalam...

credit: diharapkan pembaca wanita tidak tergolong dalam golongan yg bahaya ini...amin... =)
Klik beribu lemon di sini...

Friday, June 10, 2011

#17. Gol keeper buat hal lagi

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...

Hari ni ada tertengok video pasal keeper buat hal lagi. Sebelum ni pun ada gk keeper buat hal dan kalau tak silap dari kelab Mesir TETAPI kali ni berlaku benda lebih kurang sama di Italy pulak...

Sebelum nak briefing, baek anda tengok dulu video kat bawah ni...tapi ingat, lepas tengok jangan gelak banyak2 tau sebab tak baek gelakkan orang...hehe


Perlawanan bola ni antara team Termeno dengan Dro yang bersaing dalam divisyen 7 Italy. Team mana yang menang match ni akan di"promoted" ke divisyen 6.

dan...

Palma(player Termeno) nampak agak kecewa bila penalti yang dia ambik tak masuk dan pada masa sama, keeper Dro bernama Angeli yang jaga gawang time tu rasa syok la kan. Dah geng lawan ambik penalti tak masuk. Kalau aku jadi Angeli pn aku akan syok gak...hehe

dan...

Tiba2 ja bola yang disepak oleh Palma secara tak sengaja @ (luck) masuk ke gawang gol diwaktu yang sama keeper Dro bernama Angeli tu berpesta keseronokan.

dan...

Referee time tu pulak mengesahkan gol yang "luck" tu adalah sah. Tunggu pa lagi, team Dro rasa kecewa la kan dan team Termeno mesti la syok time tu.

dan...

Nak dijadikan cerita lagi, player Dro yang ambik penalty last skali tak masuk, keeper Termeno berjaya menepis dengan penuh bergaya. Jadi, Termeno pun berjaya naik divisyen 6 liga bola sepak Italy @ dipanggil Eccellenza.

dan...

Berita terkini mengesahkan perlawanan antara dua team tadi iaitu Termeno dan Dro akan diadakan semula kerana rayuan dari team Dro telah diterima kerana dikatakan bola telah pun mati ketika ia terkena palang gol tersebut. Jadi, gol "luck" tersebut sepatutnya pengadil tak patut kira sebab bola telah mati time tu. Apa2 terjadi ketika keadaan "bola mati" tidak diambil kira dan contoh terdekat adalah gol "luck" Termeno tu.

dan...

Diharapkan kesilapan sama tidak berulang kepada kedua-dua team dan juga kepada mana2 pasukan bolasepak di seluruh dunia terutamanya team Malaysia....

Setakat ini sahaja,
Sekadar renungan untuk membuka minda kita dalam bidang bolasepak ni...
Majulah sukan untuk Malaysia... =)

Wassalam...

credit: diharapkan final Terengganu vs Kelantan tak jadi macam ni la nanti =)


Klik beribu lemon di sini...

Thursday, June 9, 2011

#16. Berhenti merokok dengan "Champs Circle"

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...

Kali ni nak sembang pasal bab merokok yang semakin menjadi kebiasaan generasi anak muda sekarang malahan terdapat sebilangan kecil budak sekolah rendah yang sudah mula berjinak dengan merokok ni.

dan...

Perlu diingat bahawa entri ni bukan nak provoke sapa2 TAPI cuma untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai langkah2 untuk berhenti merokok...So, chill okay!!!

Rasanya ramai yang tak pernah dengar pasal "Champs Circle" (cc) ni kan. Sebenaqnya terbaca pasal cc ni dalam paper baru2 ni dan rasa menarik untuk dikongsi bersama rakan2 pembaca sekalian...hehe

CC ni merupakan salah satu program di mana maklumat yang tedapat dalamnya 100% berkaitan pasal rokok ni.Terdapat beberapa segmen yang disediakan antaranya:

p/s: segmen di atas telah di"link" kan bagi memudahkan rujukan

dan...

Yang menarik perhatian ialah dalam segmen "how to break free" tu sebab dia ada bagi satu cadangan untuk berhenti merokok iaitu "cold turkey". Cold turkey ni macam seseorang tu berhenti merokok kerana keazaman dia untuk berhenti, bukan dia berhenti sebab dia ambil nikotin gantian @ mendapatkan ubat di farmasi.

dan...

Kita paham bahawa method "cold turkey" ni agak susah untuk dipraktikkan oleh perokok kerana ketagihan kepada nikotin memang susah untuk dihentikan hanya bergantung kepada "keazaman" untuk berhenti.

TETAPI...

Kalau seorang perokok berhenti disebabkan "keazaman", memang boleh salute sama dia lah. =)
Kadang2 seseorang itu merokok untuk menghilangkan tekanan, jadi bagus la dia menghilangkan tekanan dengan merokok dari dia melakukan benda2 yang di luar jangkaan kita.Jadi, tak salah pun merokok sebenarnya. Besa la, setiap benda tu mesti ada PROS dan KONS dia...hehe

Jadi...

Setakat ini sahaja,
Ingat, ni sekadar berkongsi pengetahuan,
Pandangan anda amat dialukan.... =)

Sekian,
Wassalam...
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, June 7, 2011

#15. Makna bunga "Rose"

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...


Banyak idea nak post sebenaqya tapi semakin hari semakin malas...haha
Kali ni nak berkongsi sikit pasal bunga rose...(senyum sinis) =)

Saja la nak kongsi maklumat sikit pasal bunga rose kali ni.
Tapi tu TAK bermakna si penulis seorang mat bunga okay...

dan...

Di sini terdapat pelbagai jenis bunga rose yang mempunyai simbol2 tertentu...
Antaranya:

p/s: phm kot noh omputih...hehe

Red Rose
This one is the most obvious. It means "I love you." It represents romance and love.

Deep Pink
This simply means "thank you". If someone you know does something nice for you, a deep pink rose is a good way of saying "thank you".
Regular Pink
A pink rose represents happiness. It's great to give a pink rose to a partner to say, "I'm very happy with our relationship."

Light Pink
A light pink rose means "sympathy". When someone has had a loss then light pink roses is a very nice way of expressing your condolences.
White Rose
A white rose symbolizes innocence and purity. When combined with red roses (see further down), it represents "unity".

Yellow Rose
A yellow rose symbolizes friendship and caring. It's the perfect innocent gift to give to a friend or give to a loved one when you simply want to say "I care". When given to a friend it also means "I'm happy with our friendship."
Lavender Rose(purple)
A lavender rose is a symbol of "falling in love". When you give it to a person you are saying "I have fallen in love with you and am enchanted by you."

Orange Rose
An orange rose is a symbol of desire. "I desire you" or "I desire to get to know you better" is the message that orange roses send.
Black Rose
Never ever give a woman a black rose, because Hollywood has, unfortunately, made out the meaning to be "death". These aren't easy to find and some maintain that they don't actually "exist".

Blue Rose
A blue rose is very hard to reproduce or find, although some floral companies are trying to do it naturally. Others just die them. To some a blue rose symbolizes "mystery" and to others "attaining the impossible". A blue rose given can symbolize the rarity of your partner. You have attained the impossible.

Mixture of White and Red Roses
When you deliver white and red roses together to someone, it is a symbol of unification and unity. "May we always be together as one."

Tips: Nak lebih kreatif, anda boleh mempelbagaikan warna bunga ros untuk menyampakan beberapa maksud seperti campur lavender dgn orange untuk maksud "you are falling in love with the person and desire to know them more".

dan...

Bilangan bunga rose pun dikatakan mempunyai maksud2 tertentu...seperti

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
- 3 RosesI love you
- 6 RosesAku ingin menjadi milikmu
- 7 RosesAku tergila-gilakan kamu
- 9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 RosesKamu adalah sempurna
- 11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 RosesBe my steady
- 13 RosesPeminat rahsia
- 15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 RosesAku setia pada mu
- 24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 RosesCintaku padamu adalah tulen
- 50 RosesCinta yang tiada sesalan
- 99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
- 108 RosesJom Kahwin!
- 365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila
1 R


Seperti entri sebelum ni, maklumat ni sekadar info mana tau kot2 nanti anda nak test pasangan anda, dia tau ke tak makna disebalik bunga yang dia bagi dekat hmpa tu...hehe

sebab...

Mana tau kot2 dia bagi sebab nasihat kawan ka, sebab dia tengok "Nora Elena" ka, sebab dia memang romantik ka...

Sekian, setakat ini sahaja
Wassalam...

credit:she likes yellow and lavender rose =)


Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...