Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Sunday, May 29, 2011

#8. Kisah benar di sebalik perlawanan MU vs Barca



Assalamualaikum....

Kali ni nak cita sket pengalaman baru2 ni tgk bola Champion League Manchester United vs Barcelona. Bukan nak ulas pasal perlawanan tersebut dan sebagainya, cuma nak kongsi cita pasal gelagat penyokong kedua-dua pasukan pada pagi tersebut.

Perlawanan yang berlangsung pada pagi Ahad pkui 2.45 pagi menyaksikan MU tewas dengan jaringan 3-1. Pengalaman dia cam ni...

Saya ni p la kedai makan berhampiran dgn kawasan rumah ni, geng2 rumah yang laen tgk dkat kedai siam depan u, malas nk p sana sbb jauh. Pastu tengok ja bola dkt kedai xx ni. Time tu smpi kedai da pkui 3 pagi. Barca dah lead sebijik.

dan...

Tak lama lepas tu MU berjaya menjaringkan gol yang dihasilkan oleh ayam tambatan mereka iaitu Wayne Rooney. Lepas ja MU boh gol, tetiba ja sorang peminat fanataik MU ni dia hentam sorang peminat Barca. Maksud dia hentam guna mulut la, bukan pakai kaki tangan suma tu.

dan...

Sambil dia hentam tu habis kaki tangan peminat MU tu dk karate kerusi dengan meja sampai meja terbelah dua. Punya la x bersyukur, bukan apa, tuan punya kedai tu buka kedai underground ja sebab nak bagi kawan2 dapat tengok bola sama2. Bukan untuk bagi pecah meja kedai orang.

dan...

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Elok ja hbs 1st half, tuan kedai frust dengan tindakan kawan dia tu, di tutup kedai trus. Puas hati, orang len terpaksa p cari port len nak tengok bola disebaban mamat yang tidak bertanggungjawab tu. Fanatik sangat pun x guna jugak, nati 'at the end' jd macam penyokong MU tu lah.

Bukan nk kata kat penyokong mana2 pasukan tetapi bila tengok bola tu, jangan emo sangat. Sepatutnya, ia jadi tempat untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, bukan tempat kita mencari musuh. Ingat tu!!!! Tak matured langsung dok wat perangai 'pongoih' macam tu.hehe

dan....

Akhir sekali, majulah sukan untuk negara. Tak mau dah peristiwa gado2 macam ni berulang lagi sebab tak dak faedah pa pun. Satu hari nanti mana nak tau, kawan yg kita gado tu akan tolong kita dalam kesusahan. Who knows????hehe

So, majulah sukan untuk negara.
Sekian, wassalam. =)
Klik beribu lemon di sini...

#7. Main-main: Mari kenali diri anda =)


Kenali diri anda

Segmen kali ni sekadar hiburan sahaja. Ya la sbb tajuk sebelum ini agak serius sangat, jadi kita maen2 sikit kali ni. Ingat, ini sekadar hiburan ataupun orang kata syok2 ja...hehe
Jadi, jangan ambik serius sangat kalau ia tidak tepat menerangkan tentang diri anda. =)

Here we go...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


No.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

No.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

No.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Anda yang mana satu????

Sekian, wassalam... =)

Credit to bloggercrew.

Klik beribu lemon di sini...

Saturday, May 28, 2011

#6. Kadang-kadang terfikir: Tanda solat di dahi???

Kali ini, sekadar renungan bersama, nak bercerita tentang tanda solat di dahi yang wujud dalam segelintir masyarakat di sekeliling kita.
Malah tanda tersebut mungkin terdapat di kalangan bapa kita kerana tanda tersebut selalunya kelihatan pada kaum adam sahaja.

Tujuan topik ini dipilih adalah untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap golongan yang mempunyai tanda solat di dahi ni. Sebab pernah terdengar masyarakat berpandangan bahawa golongan ini pada waktu sujud, mereka sengaja bg seret kepala, nak bagi lekat bekas sujud tu.

Jadi, setelah meng'google' tadi, terjumpa ni dalam zaharuddin.net. Harap ia membantu sikit lah..
Selamat membaca... =)

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )

Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

dan...

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.

dan...

Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 ) :-

a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)

b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)


Sekian. Maklumat lanjut di zaharuddin.net

Jika anda mempunyai sebarang pendapat,dialukan untuk berkongsi yea... =)


Wassalam...


Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...