Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Tuesday, August 23, 2011

#49. Sountrack 'Ramadhan Terakhir' (full version)

Assalamualaikum...
Perasan tak cerita Ramadhan Terakhir yg sedang bersiaran selama setengah jam bermula pukul 10.30 mlm setiap Selasa sampi Khamis di TV3 sekarang ni???

Cerita ni tengah meletup sekarang ni, aku pun mula2 tengok cita ni macam x best tapi bila dah lama rasa layan gila2 ah..di bagi kita keinsafan dan kesedaran untuk menghargai bulan yang mulia ni iaitu bulan Ramadhan,



Lirik lagu Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Klik sini untuk download lagu full version >>>>> Pompa Bensin


Selamat menghayati cerita dan lagu ni okeyh....

Sekian, wassalam...

p/s: soundtrack ke-2 yg aku post lepas Nora Elena =)
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, August 17, 2011

#48. Rahsia Tandatangan

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera kepada rakan2 blogger dan pembaca2 semua...






Pernah ingat lagi tak time zaman sekolah rendah dulu, anda mula mencipta tanda tangan untuk diri anda sendiri...ingat lagi tak????

Jika nak dibandingkan dengan 'sign' anda time sekolah rendah tu dengan la ni mesti jauh beza kan...yang sekolah rendah tu mesti 'sign' cam skema sket kan pattern dia...toi tak???? =)

Up sket ke sekolah menengah, anda mesti sedang meng'upgrade' 'sign' anda time tu kan, nak bagi nampak canggih sket la orang kata...bagi nampak lebih matang untuk digunakan pada masa hadapan nanti...

Last2, bila dah lepas sekolah menengah, macam2 benda yang memerlukan kita untuk 'sign' kan contoh terdekat ialah borang PTPTN la kan...hehe

Kat bawah ni, terdapat beberapa rahsia yang berkaitan dengan tandatangan ni,
Cuba perhati leklok dan pilih mana satu yang paling hampir dengan anda okeyh...

1. Satu garisan di bawah
-Seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri

2. Satu titik di bawah
-Seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati

3. Dua titik di bawah
-Seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain

4. Tanpa garisan dan titik di bawah
-Seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi kurang memberikan perhatian kepada pandangan orang lain

5. Tiada kaitan dengan nama
-Seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain

6. Berkaitan ejaan nama tetapi sukar dibaca
-Seorang yang kreatif dan cerdik tetapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea

7. Huruf tidak bersambung
-Seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik

8. Mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
-Seorang yang sangat baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi

Jadi, mana satu yang berkaitan dengan 'sign' anda????
Kalau tafsiran dia tak tepat, jangan marah noh...hehe

Setakat ni dulu kot,
Jumpa lagi nanti... =)

Sekian,
Wassalam.

p/s: signature Barack Obama dengan Tun Mahathir kat atas tu... =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, August 11, 2011

#47. Semacam Dengan Shahir AF8???

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera dan selamat menunaikan perkara2 yang mendatangkan pahala dalam bulan Ramadhan ni...

Entri kali ni nak cita pasal kebetulan...

kebetulan jaket yang aku pkai kadang2 pi kelas tu sama la pulak dengan jaket yang Shahir Af8 dok pakai...

Cer tengok, ni jaket aku....

dan, ni pulak jaket yang Shahir pakai...


Semacam kan, kan, kan....hehe

Tak sangka la pulak sama dengan artis...haha
Nak bukti lagi, tengok BiPop 7/8/2011 punya, ada gambar Shahir ni dok pakai jaket ni gak...

Dah la sket2, sat ni orang kata aku ni macam2 pulak...kata aku cewi pulak...
Padahal aku beli jaket ni kat kedai besa ja pun...
Saja ja post tema cam ni kali ni, syok2...hehe

Pembaca yang len pun, kalau ada yang sama dengan sapa2 pun ble la kongsi kat tempat komen bawah ni ok...

Sekian, setakat ni dulu kot...
Wassalam...

p/s: kebetulan @ suratan ni???? =)

Klik beribu lemon di sini...

Thursday, August 4, 2011

#46. Penyakit PHd semakin menular

Assalamualaikum....
dan selamat berpuasa kepada pembaca2 sekalian...

Entri kali ni nak cer sket la pasal penyakit PHd ni yang sangat2 popular di kalangan orang kita ni...
Tau apa maksud penyakit PHd ni???
Cer teka tengok...hehe

Haaa, apa lagi kalau bukan Penyakit Hasad dengki (PHd)....
Btol tak aku kata tadi, penyakit ni semakin menular di kalangan masyarakat kita sendiri....

Bukti dia kita bleh tengok sendiri la, kalau orang berniaga untung, mesti ada yang dengki dengan rezki yang diperoleh tu...depa dengki la, customer tak pi pun kedai depa, keja pi kedai kawan tu ja...

Jadi...

Tunggu pa lagi, si dengki ni dok cari jalan la nak bagi 'slow' bisnes si untung tu...si dengki tu pun pi la wat bomoh bagi bisnes si untung tu tak laku...
Kalau tak bomoh kedai kawan tu pun, mungkin si dengki akan bersemuka dengan si untung menggunakan kaedah 'slow talk' untuk memberi amaran kepada si untung...

Tak ka gila wat keja cam tu????
Tak pasai dengki teruk kat orang pastu wat jahat pulak kat si untung tu...
Bukannya nak mintak petunjuk dah doa dariNya agar dimurahkan rezki pada masa akan datang, tapi terus jadi cam setan...

Jadi, rasanya tak perlu kot amalkan PHd ni...
Tolong la, rezki individu terletak di tangan Allah, bukan di tangan manusia ataupun syaitan2....
Insaflah....

Jadi, setakat ni dulu renungan untuk kali ni...
Tolong jauhi tabiat terkutuk ni ok....

Sekian,
Wassalam...

p/s: nak wat research pa la nanti untuk PHd...hehe



Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, August 3, 2011

#45. Wordless Wednesday no.001

Assalamualaikum....
dan selamat berpuasa kepada pembaca sekalian...hehe
Ni layak tak jadi gambar untuk segmen #Wordless Wednesday????
Meh usha tengok =)


Pa pendapat anda????

Sekian,
Wassalam....

credit: snap dekat highway gurun ni...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Monday, August 1, 2011

#44. Doakan Kesihatan Ustaz Azizan

Assalamualaikum...
dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekalian...
semoga bulan yang mulia ini diisi dengan amalan2 yang menambahkan pahala dan dikurangkan perkara2 yang menambahkan dosa....hehe

Nak ulas sket ja kali ni...

Nak ajak ramai2 dari warga negeri Kedah khasnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya untuk berdoa agar Ustaz Azizan cepat sembuh dan dibenarkan keluar dari IJN dengan segera...

Untuk pengetahuan, Uztaz Azizan ni adalah Menteri Besar Kedah pada masa sekarang dan beliau merupakan seorang yang lantang bersuara untuk menegakkan perkara yang dirasakan perlu diketahui kebenarannya oleh umum...

Dan...

Dimaklumkan oleh beberapa sumber bahawa Ustaz Azizan telah dimasukkan ke IJN pada hari jumaat lalu kerana beliau mengadu sakit jantung...

Setelah diperiksa, memang jantung Ustaz Azizan ada problem sket, satu saluran ke jantungya telah tersumbat...

Jadi, di sini sekali lagi ingin menyeru kepada anda semua agar berdoa supaya Ustaz Azizan cepat sembuh dan dapat menjalani tugasan harian seperti biasa serta dapat menjalani ibadat pada bulan Ramadhan ni seperti orang laen... Amin...

Setakat ni dulu...
Sumber dari indah.com

Sekian,
Wassalam...

credit: entri ni tiada unsur2 politik k... =)
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...