Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Wednesday, November 9, 2011

#84.Highlight Bolasepak Sukan Sea Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum...
Pertama skali, Naim nak ucapkan TAHNIAH kepada skuad bolasepak bawah 23 tahun negara...
Kerana telah membanggkan negara kita dengan kemenangan 2-1 ke atas jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand...

Skuad kendalian Ong Kim Swee menghasilkan jaringan melalui pemain berpengalaman iaitu Badrol Bakhtiar dan pemain muda Izzaq Fariz Ramlan...

Sebelum ni, kelibat Izzaq di dalam padang memberikan keraguan kepada peminat bolasepak tanah air kerana kurang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika kejohanan penting...
Tetapi dia telah membuktikan bahawa jentera serangan negara amatlah berbisa yang harus digeruni pasukan lawan...

Kemenangan ke atas Thailand juga membuktikan negara kita layak untuk mengekalkan pingat emas yang diperoleh dua tahun lepas di Laos...

Pendapat Naim, game kali ni lebih menarik berbanding ketika Malaysia vs Singapore sebelum ni...
Banyak menyerang dan tahu cara untuk menembusi benteng pihak lawan...
Harap momentum sebegini dapat dikekalkan sehingga ke peringkat Final....-Amin-

Highligh Malaysia vs Thailand 26th Sea Games in Indonesia

Sekian,
Wassalam.

credit to: RTM1 dan pakcumy.blogspot.com
p/s: Badrol telah membuktikan dia layak memegang lilitan kapten bolasepak Malaysia
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, November 8, 2011

#83. Lelaki Misteri Berbogel di MTV EMA Awards

Perghh!!!!
Macam tak caya pun ada gak...
Bleh ja laki ni selamba ja dok bogel atas pentas...

Semata-mata nak jumpa pelakon cute cerita drama bersiri Heroes...

Hayden Panettiere...

Memang agak mengejutkan...
Kalau tengok btoi2, rasanya bukan gimik penganjur...
Tapi mungkin lelaki bogel tu melepasi kawalan keselamatan...

Mungkin tu azam dia paling besaq tahun ni kot...haha
Ataupun dia nak publisiti murahan, sebab comfom lepas ni press akan cari identiti lelaki tu punya...

Tapi kalau nak tarik perhatian, tak perlu kot sampi cam tu skali...
Banyak lagi kot cara nak tarik perhatian...
Terletak kepada diri sendiri ja nak pilih cara yang mana...

Ni video dia...

Sekian,
Wassalam.

p/s: Kalau buat cam ni kat Malaysia, memang siap la artis tu...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, November 6, 2011

#82. 10 Manusia Paling Berpengaruh Dunia

Senarai ini telah dikeluarkan oleh Forbes,
Cara2 memilih calon ialah seseorang akan dipilih dari 100juta orang...

Jadi, penduduk dunia telah mencecah 7 billion,
Maka, 70 orang telah dipilih sebagai individu berpengaruh dunia...

Tetapi,
Dalam blog ni, aku hanya sempat untuk menyenaraikan top 10 berpengaruh sahaja....hehe
Akan ada entri susulan, just wait and see okay!!!

1. Barack Obama (Presiden Amerika Syarikat)


 2. Vladimir Putin (Perdana Menteri Rusia)


3. Hu Jintao (Presiden Republik Rakyat China)


4. Angela Merkel (Canselor Jerman)


5. Bill Gates (Pengasas Microsoft)


6. Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al Saud (Raja Arab Saudi)


7. Pope Benedict XVI (Ketua Roman Katolik)


8. Ben Bernanke (Pengerusi Rizak Persekutuan AS)


9. Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)


10. David Cameron (Perdana Menteri United Kingdom)

Setakat ni dulu,
Ada lagi benda yang nak ditulis tapi masa tak mengizinkan....hehe

Sekian,
Wassalam.

p/s: Muka presiden Rusia macam Tintin pun ada gak...haha


Klik beribu lemon di sini...

Friday, November 4, 2011

#81. Mat Rempit Berdemonstrasi?????

Assalamualaikum...
Entri kedua untuk bulan ni nak sembang pasal mat rempit....



Setakat yang aku tau la kan,
Mat Rempit memang dipandang serong kat Malaysia ni...
Senang cita la, orang muda yang naek moto pun orang dah pandang kata Mat Rempit (MR)

Jadi, bila cakap MR ni mesti orang kata aktiviti depa ni suma yang buang masa...
Suka melepak sampai pagi, hisap rokok, buat bising sana sini...

Jadi apa pendapat anda bila MR ni wat demonstrasi....????
Rasa2 ada orang pandang ka???

Tu la situasi yang berlaku kat Penang...
Hampir 200 orang penunggang motosikal berdemonstrasi...
Mereka menyatakan Kerajaan Negeri tidak membantu golongan muda...

Errr....
Sory, aku bukan berpihak pada parti politik mana2 cuma aku heran dengan tuntutan depa ni...
Depa mintak track untuk race kottt.....!!!!!

Setakat yang aku tau track untuk race ada kat Jempol ja...
Kalau nak berlumba, pi la masuk Grand Prix Petronas tu...
Tak perlu kot nak kena keluar bajet untuk berlumba...

Sebabnya banyak lagi benda yang lebih penting yang menggunakan duit untuk kegunaan rakyat...
Lagipun hampa kena paham, bila geng naek moto ni kena cop MR, memang apa pun tak dapat punya...

Aku pun pernah kena layan macam MR gak, heran sunggoh...
Tu kadan2 yang buat aku geram dekat polis tapi aku muhasbah diri balik, tu mungkin dah tugas depa kan...

Jadi, diharapkan MR Penang buat la tuntutan munasabah sket...
Bagi orang pandang positif dekat golongan MR ni okay...

Sekian,
Wassalam...

p/s: sekali lagi ditegaskan, aku bukan sokong mana2 parti ok...entri ni neutral =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, November 3, 2011

#80. Google Doodle Untuk Halloween

Ni Google Doodle untuk Halloween tahun 2011...
Sangat kreatif cara pembuatan dia...

Selalunya Google Doodle(GD) tak pernah menghampakan...
Mempunyai pelbagai design yang kreatif oleh pereka2 terkemuka...

GD digunakan sebagai salah satu cara Google untuk menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat dunia...
Google dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dunia dengan cara ni...


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pun ada GD sendiri kot...hehe
Contoh kat atas ni bukan gambar aku edit k...

Sekian,
Wassalam

p/s: Entri pertama bulan November ni...hehe
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...