Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Friday, April 27, 2012

#105. Bersih 3.0 Rally Updated..!!!

Assalamualaikum...
ni antara gambar2 terkini mengenai Bersih 3.0...
dan semua gambar ni telah diambil dari page fb http://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari
jadi segala sumber2 berita tentang Bersih 3.0 ni  akan dikreditkan kepada page fb ini...

Jadi, antara gambar2 yang terkini....


Antar checkpoint tempat berkumpul sebelum semuanya ke Dataran Merdeka.


Ni meme gambar terbaik la org kata...hehe


 Orang ramai telah berkumpur sekitar Dataran Merdeka semalam lagi


Sekitar Masjid Jamek jam 7.29am


 Sekitar Masjid Negara jam 8am

Sekitar Petaling Street jam 8.10am

Gambar paling terkini sekitar jam 8.48am

9.36am berhampiran Pavilion...

Media luar tampil untuk menyaksikan Bersih 3.0 secara live

Situasi di KLCC ketika jam 11am
Bersih di KLCC
Terkini sekitar 11.15am di Petaling Street

Bersih 3.0 di Jalan TAR...
Bersih 3.0 di masjid negara sekitar 11.30am


Live Bersih 3.0 >>> Bersih

Sekian, terima kasih.
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, April 25, 2012

#104. Pendapat Matlutfi90 Tentang Politik Malaysia

Assalamualaikum...
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian...

Kali ni malas nak cakap banyak...
Sebab semua akan diceritakan dalam video matlutfi kat bawah ni...
Layan....


Jadi, pa pendapat hampa suma???

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

p/s: akan wujudkah penghujahan politik yang bersih???hmm....
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, April 24, 2012

#103. 'Yahoo' Pun Sokong PTPTN Diteruskan???

Assalamualaikum...
Dan selamat sejahtera...

Pergh!!!
Kali ni nak sentuh sikit isu sensitfi iaitu bekaitan PTPTN...

Perlu ka PTPTN dimansuhkan???
@
Perlu mansuhkan cukai perkhidmatan 1% sahaja yang dikenakan oleh PTPTN???



Jadi, mana satu yang bermain di fikiran anda???
Mana yang anda rasa patut PTPTN laksanakan???

Cuba tengok gambar kat bawah ni:
Berdasarkan poll yang dijalankan oleh Yahoo baru2 ni:

48% - Sokong pembelajaran percuma
49% - Sokong PTPTN kekal sebagai pinjaman
3% - Langsung tak ambil peduli jika PTPTN ni percuma ataupun masih lagi sebagai pinjaman
(seramai 28869 orang telah sudi untuk terlibat dalam poll ni)


Jadi, ni pendapat aku lah...
Aku antara kalangan 49% tu, walaupun kalah tipis sahaja dengan 48%, tapi ni antara hujah2 aku mengapa aku sokong PTPTN kekal sebagai pinjaman:

> Jika pendidikan percuma diberi, kemungkinan semangat untuk belajar tu tak sama macam sekarang, contohnya bila pendidikan percuma, student bleh suka hati nak ngaji bila2 pun, nak berhenti bila2 pun tak dak masalah sebab tak rugi seduit pun.

> Pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk belajar sebab kita semua dah tau jika graduate dapat 1st class degree, PTPTN akan dikira percuma. Tetapi jika gagal mendapat 1st class, pelajar akan rasa bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman jika mereka memikirkan duit yang dibayar mereka nanti adalah untuk kegunaan generasi akan datang.

> Kalau kita bagi orang pinjam RM10 pun kita akan tuntut balik RM10 tu kan pada masa akan datang kan. Tipu la kalau senang2 cam tu ja hampa HALALKAN RM10 tu. Macam tu jugak dgn PTPTN.

Cuma aku sokong kalau mansuhkan caj perkhidmatan 1% tu sahaja sebab dah terang2 benda tu membebankan peminjam.

Jadi, bila dilihat kembali kat poll kat atas ni kan, dah terang tak semua yang sokong Occupy Dataran tu. Occupy dataran tu bukan majoriti suara mahasiswa okay!!!!!!

Sekian, terima kasih.

p/s: kindly leave your comments if found any doubts... =)
Klik beribu lemon di sini...

Monday, April 23, 2012

#102. Kelebihan dan Kekurangan Ipad 3

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera..

Pergh!!!! Ipad 3 dah kuar tu...
Jadi sapa2 yang ada duet banyak tu ataupun memang dah simpan duet untuk beli tu, beli cepat2 sementara stok masih ada. 
Kalau tak silap, ketika ditaip pasal post ni, Ipad 3 masih belum dilancarkan di Malaysia, tetapi kalau salah maklumat, saya mintak maaf siap2 lah...hehe


Sememangnya portable gajet seperti Ipad 3 ni sudah menjadi trend pasa masa kini, tak lupa juga kepada Samsung Galaxy Note, Galaxy Tab dan macam2 lagi lah.



Disenaraikan di bawah ni beberapa KELEBIHAN Ipad 3, produk keluaran terbaru dari syarikat gergasi dunia iaitu Apple ni, antaranya:

> Paparan skrin yang mengagumkan dengan 200 piksel seinci, dan boleh dilihat perbezaan yang amat ketara jika diletakkan Ipad 3 dan Ipad 2 bersebelahan.

> Kualiti warna yang 50% lebih elok dari model sebelumnya.

> Memainkan format betul2 HD iaitu 1080HD

> Tahan lasak, terdapat ujian dengan menjatuhkan Ipad 3 mengikut ketinggian ketika kita berdiri, dan apabila jatuh kali ke-2 baru meninggalkan kesan calar malah Ipad 3 masih boleh digunakan seperti biasa tanpa masalah.




Disenaraikan juga beberapa KEKURANGAN Ipad 3 ini, antaranya:

> Wifi kerap putus, average dalam setiap 30 minit.

> Bateri terlalu panas - tapi tidaklah panas sangat seperti yang kita bayangkan.

> Design tetap sama, tidak berubah dan peminat2 Ipad di luar sana amat mengharapkan inovasi terhadap bentuk Ipad pada masa hadapan.

Sekian, setakat ini sahaja ulasan pasal Ipad 3,
Jika tersalah maklumat saya memohon sejuta kemaafan... =)

Wassalam.

p/s: gaya aku komen kat atas ni macam aku ada Ipad 3 la pulak, padahal baca dekat Yahoo ja pun.. =)

Klik beribu lemon di sini...

Saturday, April 14, 2012

#101. Jom Undi Anugerah Astro Arena 2012

Assalamualaikum...

Jom pakat2 mengundi calon kegemaran anda dalam Anugerah Arena Sukan 2012...
Walaupun para atlit sukan negara kita tidaklah seGlamor artis ABPBH tetapi sekurang-kurangnya berilah  penghargaan kepada mereka yang tidak berhenti-henti mencurah keringat kepada negara tercinta...

Antara kategori2 yang dicalonkan pada anugerah tersebut adalah:

> Atlet lelaki pilihan berpasukan (Apek)

> Atlet wanita pilihan berpasukan (Nur Fatehah)

> Atlet muda pilihan (Nazmi Faiz)

> Kebangkitan pilihan (Sam Chong)

> Jurulatih pilihan (Ong Kim Swee)

> Blog sukan pilihan (Suara Sukan 1Mas)

> Perlawanan pilihan (Malaysia lwn Australia - Hoki)

> Meja sukan pilihan (Kosmo)

**Dalam kurungan adalah calon undian aku... =)

Untuk mengundi, klik sini >>>> Anugerah Astro Arena


Sekian, terima kasih.
Pakat2 la roger kawan2 @ sedara mara @ seangkatan dengannya untuk mengundi ni. Seeloknya yang ada internet takdak masalah kan. Jadi, undilah sekarang!!!!

p/s: Majulah ranking bolasepak Malaysia pada masa akan datang... =(

Klik beribu lemon di sini...

Friday, April 13, 2012

#100. Diet Hang Tuah

Assalamualaikum....
Apa habaq semua???hehe
Lama noh tak post..

Baru2 ni aku ada terbaca mengenai 'Diet Hang Tuah'
yang telah dibukukan oleh Mat Hassan Esa



Antara intipati buku tersebut ialah:

> Pemakanan Hang Tuah adalah seimbang di mana jumlah kalori disumbangkan sehari adalah 25% karbohidrat, 25% fiber, 25% protein dan 25% lemak.

> Lakukan senaman sekurang-kurangnya 25 minit sehari dan senaman lasak 3 kali seminggu.

> Pumping, push up dan squatting 20 kali sehari sama ada pagi, petang atau malam.

> Terdapat 4 tahap kekuatan; Pertama ialah kekuatan fizikal, kekuatan fizikal mempengaruhi kekuatan kedua iaitu kekuatan mental, kekuatan kedua berkait rapat dengan kekuatan ketiga iaitu kekuatan rohani dan terakhir sekali kekuatan emosi.

p/s: Kalau kat Kedah, 'Hang' lebey dari 5 bersaudara kot... =)
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...