Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Monday, April 23, 2012

#102. Kelebihan dan Kekurangan Ipad 3

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera..

Pergh!!!! Ipad 3 dah kuar tu...
Jadi sapa2 yang ada duet banyak tu ataupun memang dah simpan duet untuk beli tu, beli cepat2 sementara stok masih ada. 
Kalau tak silap, ketika ditaip pasal post ni, Ipad 3 masih belum dilancarkan di Malaysia, tetapi kalau salah maklumat, saya mintak maaf siap2 lah...hehe


Sememangnya portable gajet seperti Ipad 3 ni sudah menjadi trend pasa masa kini, tak lupa juga kepada Samsung Galaxy Note, Galaxy Tab dan macam2 lagi lah.



Disenaraikan di bawah ni beberapa KELEBIHAN Ipad 3, produk keluaran terbaru dari syarikat gergasi dunia iaitu Apple ni, antaranya:

> Paparan skrin yang mengagumkan dengan 200 piksel seinci, dan boleh dilihat perbezaan yang amat ketara jika diletakkan Ipad 3 dan Ipad 2 bersebelahan.

> Kualiti warna yang 50% lebih elok dari model sebelumnya.

> Memainkan format betul2 HD iaitu 1080HD

> Tahan lasak, terdapat ujian dengan menjatuhkan Ipad 3 mengikut ketinggian ketika kita berdiri, dan apabila jatuh kali ke-2 baru meninggalkan kesan calar malah Ipad 3 masih boleh digunakan seperti biasa tanpa masalah.




Disenaraikan juga beberapa KEKURANGAN Ipad 3 ini, antaranya:

> Wifi kerap putus, average dalam setiap 30 minit.

> Bateri terlalu panas - tapi tidaklah panas sangat seperti yang kita bayangkan.

> Design tetap sama, tidak berubah dan peminat2 Ipad di luar sana amat mengharapkan inovasi terhadap bentuk Ipad pada masa hadapan.

Sekian, setakat ini sahaja ulasan pasal Ipad 3,
Jika tersalah maklumat saya memohon sejuta kemaafan... =)

Wassalam.

p/s: gaya aku komen kat atas ni macam aku ada Ipad 3 la pulak, padahal baca dekat Yahoo ja pun.. =)

Klik beribu lemon di sini...

1 comment:

man said...

ipad xbgs lah..caya lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...