Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Friday, September 30, 2011

#68. Ceramah Masyuk :Cemburu Merupakan Sifat Lelaki

Assalamualaikum...
Jom tengok sedikit sedutan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus...
Pasal sifat cemburu...

Layan...

Amacam???
Sifat cemburu merupakan sifat lelaku @ perempuan???? =)

Sekian,
Wassalam.

p/s: La ni, cemburu tengok bf cakap dengan kawan perempuan dan vice versa... =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, September 29, 2011

#67. Video Masyuk: Atlet Britain Lompat 3 Buah Kereta Mini

J.J Jegede,
Merupakan atlet lompat jauh dari Britain,
Baru-baru ni berjaya melompat di atas 3 buah Mini Cooper di tengah kota London...

Cuba bayangkan kalau dia lompat tak lepas kan,
Mesti injured teruk punya....hehe

Jom tengok J.J Jegede lompat kat bawah ni...


Amacam, hampa boleh tiru tak action dia ni????
Tepuk dada, tanya kemampuan ler....hehe

Sekian,
Wassalam

p/s: maen olimpik comform menang emas kat dia ni pa...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Monday, September 26, 2011

#66. 10 Jenis Tangisan

Assalamualaikum...
Agak2, mana satu jenis tangisan anda????



I love walking in the rain 'cause no one knows I'm crying.

1# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2# Menangis kerana rasa takut
3# Menangis kerana cinta
4# Menangis kerana gembira
5# Menangis kerana menghadapi penderitaan
6# Menangis kerana terlalu sedih
7# Menangis kerana terasa hina dan lemah
8# Menangis kerana untuk mendapat belas kasihan orang
#9 Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10# Menangis orang munafik, pura2 menangis

"....dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis...." (An Najm:43)

Sekian segmen renungan kali ni,
Wassalam.

p/s: Manusia hanya menangis keranaNYA ketika dalam kesusahan....
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, September 25, 2011

#65. Bekas Tukang Sapu Jadi PM Zambia

Assalamualaikum...
Harap pembaca2 semua berada dalam keadaan sihat2 selalu... =)

Kali ni nak sembang pasal bekas tukang sapu yang pernah bekerja di stesen kereta api di Victoria, London pada tahun 1950

.....................................................

Nama individu tersebut ialah Micheal Sata...
Beliau yang mewakili parti Barisan Patriotik telah mengangkat sumpah pada Khamis lalu lepas parti dia menang tipis dalam pilihanraya baru2 ni...

Beliau telah berusia 74 tahun dan sedang bergiat menentang pengaruh Cina di negaranya...
Ala-ala Hitler pun ada gak gaya dia ni...haha

Beliau turut berikrar untuk 'menyapu Zambia menjadi lebih bersih' setelah isu rasuah di negara berkenaan terlalu berleluasa dan sukar dikawal...
Sata menuduh pemimpin terdahulu terlalu berlembut dengan isu tersebut...

Comform korupsi tinggi pa kat negara ni....
Nampak gaya macam tegas kan dia ni...hehe

Sekian,
Wassalam.

p/s: Sata berjanji tidak akan minum air yang dibotol sehingga rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih.... WoWww!!!!!!
Klik beribu lemon di sini...

Friday, September 23, 2011

#64. Perkhidmatan Kapal Terbang Terbaik Dunia

Assalamualaikum...
Berikut merupakan senarai perkhidmatan kapal terbang terbaik dunia...
Tapi terasa hampeh sket sebab menurut sumber dari en.Yahoo, Mas dengan AirAsia tidak tersenarai... =(

1#Singapore Airlines

2#Emirates

3#Etihad Airways

4#Air New Zealand

5#Virgin America

6#Virgin Atlantic Airways

7#Cathay Pacific Airways

8#All Nippon Airways

9#Korean Air

10#Thai International Airways
Sekian,
Wassalam.

p/s:tahun depan kot baru ada MAS @ AirAsia dalam list ni... =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, September 22, 2011

#63. Walkman Kalis Air

Assalamualaikum...
Entri kali ni memberi fokus kepada penggemar sukan...
Kerana Sony telah mengeluarkan model baru Sony Walkman w260...
Yang bertujuan untuk memudahkan para2 penggemar muzik....
Untuk menikmati lagu kegemaran ketika melakukan aktiviti lasak seperti joging, menaiki fixie, dan sebagainya...hehe

Dengan hanya seberat 32gram, w260 juga dilengkapi dengan audio yang berkualiti tinggi,
Serta terdapat 4 variasi warna iaitu hitam, pink, putih dan biru...

Baru saja dilancarkan di Malaysia,
Boleh didapati di pasaran dengan harga RM299 SAHAJA... =)
Sebab kalis air sama, tu yang mahal sikit...

Syarikat Sony Malaysia juga melantik kumpulan ThomasJack sebagai duta kepada produk tersebut...
Jadi kepada peminat sukan dan kepada mereka yang mampu,
Jangan lupa melepaskan peluang keemasan ini,
Sementara stok masih ada...

Sekian,
Wassalam.

p:s/ Handset yang ada mp3 pun jarang guna untuk dengar lagu.... =)
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, September 21, 2011

#62. Graduan Patut Bersyukur...

Assalamualaikum...
Topik kali ni agak hot sekarang sebab kadar pengangguran di negara kita tetap wujud setiap tahun...
Tapi...

Jangan risau wahai graduan sekalian...hehe
Menurut laporan dari Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sejumlah 50.4% mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian mereka

Juga terdapat sejumlah 25% @ suku daripada graduan tersebut gagal mendapat kerja...
Antara faktor utama berlaku macam tu ialah depa ni terlalu memilih kerja....
Bila dah dapat kerja, suka tukar2 kerja...
Pastu ada juga yang melanjutkan pelajaran di luar negara...

Jangan risau gak skali lagi sebab jumlah mendapat kerja lepas enam bulan graduate semakin bertambah dari 45% kepada 50.4% tu...hehe

Pepatah Melayu pernah cakap 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa pun tak tau'
Lebih kurang cam tu lah bunyi dia....
Yang penting, kita jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah =)

Sekian,
Wassalam

p/s: satu lagi sebab pengangguran ialah graduan tidak menepati kehendak pasaran =(
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, September 20, 2011

#61. Fakta Menarik Angka "27"

Assalamualaikum...
Semoga pembaca sekalian sihat2 sokmo la yer...hehe

Terdapat beberapa fakta menarik berkaitan angka "27"

1# UN(United Nation) melaporkan bahawa sejumlah 27 juta orang telah kehilangan kerja pada tahun 2009

2#Kelab 27 @ 27 Club diwujudkan sempena kematian pemuzik2 yang berumur sekitar 27 tahun antaranya ialah Kurt Cobain, Jimmi Hendrix, Janis Joplin, and Jim Morrison

3#Mengikut purata sejumlah 27 juta tweets setiap hari

4#Nelson Mandela mendapat kemerdekaan selepas meringkuk di dalam penjara hampir 27 tahun

5#Mengikut purata lagi, wanita shopping 27 kali setahun

6#Mengikut research dari European Journal, perkahwinan yang berjaya selalunya membabitkan isteri yang mempunyai kepandaian lebih dari suaminya sebanyak 27% =)


Sekian, undur diri dulu...hehe
Wassalam.

p/s: sapa tak kenai Nelson Mandela tu, pi tanya Pak Cik Google okay,
Fakta num6 tu macam betul pun ada gak... =]
Klik beribu lemon di sini...

Monday, September 19, 2011

Nak Berniaga Topup...????

Assalamualaikum...
Kepada yang berminat untuk menambah pendapatan berniaga topup,
Sila hantarkan nama dan number handset anda ke
honda7posen@gmail.com
Anda akan dihubungi secepat mungkin

Syarikat topup yang digunakan ialah EzyReload
Terdapat topup Celcom, Maxis dan Digi sahaja
JANGAN RISAU, TIADA UNSUR PENIPUAN

Keuntungan lebih kurang 3.5% bagi setiap topup...
Untuk maklumat lanjut, email ke = honda7posen@gmail.com
ataupun call terus number ni - 0134748540
anda akan dilayan secepat yang mungkin =)

ANDA HANYA DIKENAKAN RM30 SEBAGAI PENDAFTARAN
UNTUK SEUMUR HIDUP

p/s: dah email nanti, tolong announce kat dalam chatbox tepi ni...tenks =)
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, September 18, 2011

#60. RM3 juta jaga kandungan Beyonce

Assalamualaikum....
Segmen gosip sikit untuk update hari ni....hehe

Sumber dari akhbar Berita Harian hari ni melaporkan kos USD1 juta diperuntukkan untuk penjagaan dirinya yang sarat mengandung dan baby di dalam perutnya ketika ini...

Jumlah tu kalau ikut memang banyak gila2 kan...
Yela, beli losyen regangan la, jaga tabiat pemakanan contoh makan makanan organik la...
Pastu dok pi mengurut perut tiap2 hari, bagi postur badan baby tu betul dan senang baby tu nak kuar dari perut mak dia nanti...

Macam2 lagi la...
Laki Beyonce iaitu JayZ ambik berat gila2 kot kat isteri dia ni...
Memang suami mithali kan JayZ ni...haha

Kalau kat Malaysia, RM3 juta tu dah ble buat macam2 pembangunan seperti bina bangunan, menderma dan macam2 lagi la...
Just perbandingan ja, tak kata pun Beyonce ni boros,
Dia cuma jaga diri dia dan baby dia tu, maklumla anak sulong...hehe

Sekian gosip,
Wassalam...

p/s: Harap2 anak yang kuar nanti padan dengan duit yang dilaburkan tu.... =)
Klik beribu lemon di sini...

#59. Hantu Dalam Video Klip 'Malaysian Boy'

Assalamualaikum....
Tadi saja2 la search lagu Malaysian Boy ni dalam Youtube...
Tiba2 ja ada orang komen kat bawah video lagu ni...
Dia kata ada hantu dalam video tu...

Pastu aku pun usha la,
Aku ikut arahan yang depa bagi,
Hint nak tengok hantu tu la,
Bila tengok betul2 memang macam betul pun ada,
Sampai meremang bulu roma ni...

Kalau nak test bulu roma hampa meremang ke tak,
Tengok video Malaysian Boy kat bawah ni,
Pastu ikut arahan yang diberikan....

Arahan:
Sampai kat minit 0:42, hampa kena pause video,
Pastu hampa play balik, pause balik, play balik...
Dan seterusnya...

Nanti hampa akan jumpa punya,
Dia duduk antara minit 0:42 dengan 0:43
Chech it out....!!!


Sekian,
Wassalam...

p/s: Ramai kritik lagu ni ciplak tapi rasanya ok ja lagu ni walaupun ciplak.... =)
Klik beribu lemon di sini...

Friday, September 16, 2011

#58. Kerbau Disumbat Dalam Myvi

Assalamualaikum...
Bukan nak cer pasal Myvi Extreme 1.5 yang baru tu...
Tapi nak cer pasal sebuah Myvi di daerah Kemaman...

Ni cer pasal pencuri kerbau la dekat daerah tu...
Dia ble penggal kepala kerbau tu...
Bila dah penggal, comform2 kerbau tu tak halal untuk dimakan kan...
Sebab tak ikut cara Islam...

Tapi si bedebah 4 orang ni sanggup menjual kerbau haram depa ni kat orang...
Jadi yang terkena getah ialah orang yang selalu ke pasar daerah Kemaman lah...
Sebab bedebah2 ni dok tolak kerbau haram depa kat pasar tu...

Bagi orang makan benda yang tak sembelih ikut cara Islam memang tak elok sangat lah...
Nasib si polis dapat menghidu niat jahat bedebah2 ni...
Polis ligan takat 20km pastu kereta bedebah2 ni tersadai....
Dapat tangkap dua orang daripada 4 orang bedebah...

Harap2 tak dak dah kot kejadian cam ni akan datang...
Carilah duit dengan cara yang halal....

Sekian,
Wassalam...

p/s: nak beli apa saja sekarang kena berhati-hati sunggoh...takut beli benda curi =)
Klik beribu lemon di sini...

#57. Mintak Tolong Hampa Sat...!!!

Assalamualaikum....
Semoga para pembaca sihat2 selalu...

Kat sini aku nak mintak tolong hampa sikit ja...
Tolong jawab 3 soklan mudah dari Nuffnag kat tepi belah kanan blog aku ni...

Jangan risau, tiada cas tersembunyi dikenakan kepada anda... =)

Kalau tak jumpa, rujuk contoh yang aku bg bawah ni k...
Btw, kepada yang sudi membantu aku ucapkan ribuan terima kasih...


Nanti kalau hampa nak mintak tolong pa2 pulak bgtau ja aku...
Aku akan cuba membantu setakat yang mampu k...hehe

Sekian,
Wassalam

p/s: align belah kanan ni nampak pelik gak noh...haha
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, September 14, 2011

#56. Masjid Yang Unik

Assalamualaikum...
Nak tunjuk sket gambar Masjid Agadez yang terdapat di Nigeria.
Masji ni diperbuat dari tanah liat.
Dibina pada tahun 1515 namun telah dibaikpulih pada tahun 1844.






Cena???Unik kan masjid ni...hehe

Sekian,
Wassalam.

p/s: rasanya gambar bawah skli tu yang ori, yang 3 kat atas tu replika ja kot..hehe









Klik beribu lemon di sini...

#55. Sedih Dengan UiTM Kebanggaanku

Assalamualaikum...
puasa 6 habis tak lagi????hehe
bagi yang memasang hajat untuk berpuasa 6 hari pada bulan Syawal ni, masih sempat lagi, jangan risau sebab baru 16 Syawal ja....aku pun tak mula g..hehe

Nak cer sket ja kali ni...
Aku sebagai salah seorang student uitm pun tak paham, pasai pa kes pelik2 semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar UiTM...

Baru ja nak reda kes rakan tikam rakan dekat salah satu UiTM bahagian utara semenanjung, tup-tup ada lagi kes jenayah yang melibatkan pelajar UiTM...

Pada yang baca surat khabar ataupun terdengar berita, sorang budak UiTM kos ukur bahan disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang remaja perempuan di Ampang...

Mangsa yang berumur 19 thn DIBAKAR setelah dibunuh ataupun DIBAKAR ketika masih hidup tu tak tau la kan...masih dalam siasatan polis tetapi dimaklumkan dengan penagkapan pelajar tersebut, dapat selesaikan kes ni...

Aduh, student2 suma tolong la berfikiran waras...Tolong fikir masak2 dulu sebelum membuat sesuatu perkara...sebab tengok sendiri la, benda2 cam ni boleh menjejaskan maruah sesebuah IPTA/IPTS tersebut...

Sekian, setakat ni dulu luahan/keluhan ikhlas dariku..hehe
Wassalam.

sumber dari Kosmo

p/s: Diharapkan, tiada lagi kes2 seumpama ni pasni kan..doa ramai2 okay =)
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, September 13, 2011

#54. Mas,Air Asia Taja Liga Malaysia Pulak...???

Assalamualaikum....
moshi-moshi...hehe
dan selamat membaca...

Pergh!!!!!
Dasyat kan bila Mas dan Air Asia menaja kelab Tony Fernandes Queens Park Rangers. Padan la dengan kerjasama yang telah dipersetujui oleh syarikat penerbangan gergasi negara dan asia ni...

Yang best tu, lambang Mas akan digunakan pada home match ataupun game kat tempat sendiri dan lambang Air Asia akan digunakan pada away match ataupun game di tempat lawan dan juga pada jersi ke-3 kelab QPR...

Bertuah kot QPR dapat sponsor sampai dua syarikat penerbangan milik Malaysia pulak tu. Pandai la orang kata marketing yang digunakan oleh kedua-dua syarikat penerbangan ni. Faedahnya Eropah akan lebih mengenali Malaysia dan juga rakyat Malaysia sendiri lebih mengiktiraf kelab QPR ni.

Yang menjadi persoalan la kan, kenapa dua syarikat ni tidak menaja Liga Malaysia??? Adakah liga Malaysia tidak mendatangkan keuntungan ataupun pulangan yang diharapkan seperti kelab2 EPL???? Ataupun jika melabur dalam LM hanya akan merugikan wang yang dilabur kerana bahagian marketing yang terhad dalam LM???

Ataupun penajaan untuk LM masih dalam perancangan Mas dan Air Asia??? Tu kita tak tau la kan. Tepuk dada tanya selera la kan. Masing2 dah besaq, ble pkiaq dah mana yang baek dan buruk...hehe

Sekian,
Wassalam...

p/s : dengaq cita QPR berminat dengan pemain LA Galaxy, David Bechkam =)
Klik beribu lemon di sini...

Monday, September 12, 2011

#53. Kamen Rider Baru Yang Unik

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...
yang baru sambung ngaji tu, jangan dok wat liat sangat nak g klas, masuk gear cepat2...
jgn tunggu hujung sem baru nak boh gear 5...haha


Kali ni nak cer pasal hero Kamen Rider untuk season 2011/2012...haha
Macam EPL la pulk...ada season2 ni...
Untuk season kali ni nama hero paling baru made in Japan ni adalah

KAMEN RIDER FOURZE

Bercirikan tema angkasawan, hampa tengok snri la kan...memang suit Kamen Rider Fourze ni dah macam baju angkasawan...hehe

dan...

Kali ni pun KR menggunakan tali pinggang yang memerlukan slot...
Terdapat 4 slot kat belt dia tu...
Dan slot yang wujud dalam KR kali ni klu tak silap da 30 lbey la...jadi dia boleh wat combo macam2 tme lawan nanti...

Untuk maklumat lanjut tanya MR GooGLE k...hehe

Sekian, wassalam....

p/s: dah episode ke-2 skrg dan stkt ni mmg best KR Fourze ni =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, September 8, 2011

#52. Topup Pun Kena Cukai Macam Beli McD...!!!!

Assalamualaikum...

Tengok kan tajuk entri kt atas tu????
Sungguh la ni nak beli topup pun dah macam beli mcD...
Sebabnya bermula 15 September 2011, semua prabayar mengenakan cukai 6% sebagai cukai perkhidmatan....

Betoi tak aku cakap, macam nak beli mcD ja kan sebab mcD pun kena cukai 6% gak...
Set mcValue Lunch pun kalau tak silap paling murah rm6.30 dan ini harga lepas kena cukai 6% tu..
Jadi beza rm1 ja pun dengan topup yang kena cukai tu kalau kita topup rm5 la kan...hehe

Pengguna akan mula menerima makluman melalui sms dari telco masing bermula tengah hari kemarin...aku dah dapat dari celcom...hehe

ni senarai harga lepas runcit:

rm5 ~ rm5.30
rm10 ~ rm10.60
rm20 ~ rm21.20
rm30 ~ rm31.80
rm50 ~ rm53
rm100 ~ rm106

Jadi, sama2 kita renungkan yer...
Dulu masing ingat harga barang ja naek tapi rupanya harga topup pun naek gak..
Tak sangka kan..hehe

Sekian untuk pengetahuan semua...
Wassalam....

p/s: nasib aku tokei topup.... =)
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, September 6, 2011

#51. Nak Promote...

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera kepada rakan2 pembaca setia semua...hehe

Nak cer pasal ruangan promote ja kali ni...
Aku baru open box kat belah kanan ni untuk promote blog aku dengan rakan2 dan juga promote blog laen yang aku rasa best untuk dikongsi...

Kalau hampa tengok kat tepi ni ada banner 'jeritan gol' kan...
Tu blog aku dgn rakan2 punya wat khas untuk meriangkan hati kami sebagai peminat setia bola sepak domestik dan juga international...

Jadi, pakat2 la support kami2 ni sama di samping support blog aku ni...hehe


Takat ni dulu kot...just nak bagitau pelancaran ruangan promote tu ja...
InsyaAllah, tak keberatan aku akan promote blogger2 laen pulak nanti... =)

Sekian,
Wassalam...

Klik beribu lemon di sini...

Sunday, September 4, 2011

#50. Lagu Raya Carian Tertinggi Google Bulan Ogos

Assalamualaikum....
dan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua...
andai ada tersalah bicara harap dimaafkan... =)
baru sempat dan rajin untuk post entri baru ni...


Mengikut sumber dari Google yang terdapat dalam Kosmo Ahad, top 3 carian tertinggi untuk bulan Ogos adalah seperti berikut:

#1. Lagu2 raya, ucapan raya
#2. Liga Perdana Inggeris 2011/2012 serta permainan bola sepak online
#3. System of Analysis for School Examination (SAPS)
.
.
.
#?. Blog Jejari Runcing milik Aimie Harmelia

Blog jejari runcing tu tak pasti number berapa tapi rasanya top 10 gak ni....

Ternyata ramai yang menggunakan Google untuk mencari lagu raya pada bulan Ogos serta seperti yang diduga, EPL memang patut mendapat tempat ke-2 sebab semakin menarik setiap musim....

Diharapkan nanti liga Malaysia boleh dok top 10 gak la kot, tak mustahil kan kalau mendapat sokongan peminat tempatan...

SAPS tu kalau tak silap banyak digunakan oleh cikgu2 kot...hehe

Setakat ni dulu...

Sekian,
Terima kasih

p/s: diharapkan jejari runcing terus tabah, kepada yang masih beraya diingatkan berhati-hati ketika memandu yer.. =)
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...