Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Wednesday, August 17, 2011

#48. Rahsia Tandatangan

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera kepada rakan2 blogger dan pembaca2 semua...






Pernah ingat lagi tak time zaman sekolah rendah dulu, anda mula mencipta tanda tangan untuk diri anda sendiri...ingat lagi tak????

Jika nak dibandingkan dengan 'sign' anda time sekolah rendah tu dengan la ni mesti jauh beza kan...yang sekolah rendah tu mesti 'sign' cam skema sket kan pattern dia...toi tak???? =)

Up sket ke sekolah menengah, anda mesti sedang meng'upgrade' 'sign' anda time tu kan, nak bagi nampak canggih sket la orang kata...bagi nampak lebih matang untuk digunakan pada masa hadapan nanti...

Last2, bila dah lepas sekolah menengah, macam2 benda yang memerlukan kita untuk 'sign' kan contoh terdekat ialah borang PTPTN la kan...hehe

Kat bawah ni, terdapat beberapa rahsia yang berkaitan dengan tandatangan ni,
Cuba perhati leklok dan pilih mana satu yang paling hampir dengan anda okeyh...

1. Satu garisan di bawah
-Seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri

2. Satu titik di bawah
-Seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati

3. Dua titik di bawah
-Seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain

4. Tanpa garisan dan titik di bawah
-Seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi kurang memberikan perhatian kepada pandangan orang lain

5. Tiada kaitan dengan nama
-Seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain

6. Berkaitan ejaan nama tetapi sukar dibaca
-Seorang yang kreatif dan cerdik tetapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea

7. Huruf tidak bersambung
-Seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik

8. Mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
-Seorang yang sangat baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi

Jadi, mana satu yang berkaitan dengan 'sign' anda????
Kalau tafsiran dia tak tepat, jangan marah noh...hehe

Setakat ni dulu kot,
Jumpa lagi nanti... =)

Sekian,
Wassalam.

p/s: signature Barack Obama dengan Tun Mahathir kat atas tu... =)
Klik beribu lemon di sini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...