Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Sunday, July 24, 2011

#40. Diva Antarabangsa Ditemui Mati...

Assalamualaikum...
dan selamat berbahagia kepada anda...

Diva antarabangsa mana yang mati???
Haa...bagi yang update pasal berita mesti tau kan sapa yang mati ni...

Amy Winehouse, kenal tak???
Dia ni terkenal dengan lagu Rehab suatu masa dulu...


Dan...

Sekarang ni, lagu terbaru Amy, Back to Black mendapat sambutan hangat sejak pelancaran album baru beliau setahun yang lepas...


Amy Winehouse terkenal dengan suara dan lagunya yang agak unik dan klasik...
Bagi aku, ramai yang tertarik dengan Amy ni sebab genre yang digunakan laen dari artis sedia ada...

Dan...

Bagi aku jugak, kebanyakan dari lagunya menceritakan tentang kisah hidup dia...
Antaranya "Rehab", dia ni terlibat dengan najis dadah dan telah menjalani proses pemulihan tetapi masih gagal....

Sehinggalah ke album terbarunya "Back to Black" yang dipandang peminat sebagai kembangkitan kepada Amy Winehouse yang baru, yang suci kerana ketika ini dia tengah berjuang untuk menjauhi dadah...

Tepapi malangnya, ketika sedang mendaki gunung yang tinggi, yang mempunyai pelbagai halangan yang sukar untuk sampai ke puncak, Amy Winehouse, 27, meninggal dunia di rumahnya tanpa diketahui punca kematian beliau... (bermadah pulak....haha)

Nak berita lebih lanjut, tanya en.Yahoo @ mR.Google k.... =)

Sekian, setakat ni dulu update blog...hehe
Wassalam...

credit: 4 org sahabat di kedah dihukum gantung akibat kanabis... =(
Klik beribu lemon di sini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...