Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Tuesday, October 16, 2012

#115. Ingin Membuat Pembiayaan Peribadi @ Pembiayaan ASB

Assalamualaikum...

Nak promote pasal tempat kerja aku la ni...hehe

Sekarang aku bekerja di Easy Rhb yang berpangkalan di Tesco Extra Sg Dua, Penang.
Sg. Dua ni dalam pulau okay, berdekatan dengan USM...




Kat atas ni merupakan antara produk2 yang kami ada sekarang.
Tetapi produk utama kami ialah Easy Pinjaman Ekspres dan Easy ASB.

Jadi, sapa2 yang berdekatan dengan area Sg Dua, Penang ni mai lah datang kat tempat aku untuk membuat Easy Pinjaman Ekspress dan Easy ASB.

KEPADA YANG MEMINJAM UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN, PELUANG UNTUK MENDAPAT LOAN AGAK TIPIS TETAPI ANDA BOLEH MENCUBA, KOT2 ADA REZEKI.

Kepada yang berdekatan, sila hubungi nombor berikut untuk keterangan lanjut ataupun nak jumpa kat kedai mana2 pun boleh :

Muhammad Naim
0134748540
(customer yang berdekatan "island" sahaja digalakkan)
*Boleh call untuk tanya pasal Easy Pinjaman Ekspress dan Easy ASB
*Semua boleh memohon tidak kira kerja KERAJAAN atau SWASTA, yang penting kena bawa IC time apply nanti.

Sekian,
terima kasih.
p/s: Harap2 ada yang berminat untuk buat Easy ASB lah... =)



Klik beribu lemon di sini...

Saturday, October 6, 2012

#114. EPL Highlight Week 7

EPL HIGHLIGHT WEEK 7 
07/10/2012

CHELSEA (4) - NORWICH (1)


MAN. CITY (3) - SUNDERLAND (0)

Man. City vs Sunderland

Enjoy the show!!!!!
Klik beribu lemon di sini...

Saturday, September 15, 2012

#113. Trailer Rasmi iPhone 5 - Memang Terbaek!!!

Assalamualaikum...
Akhirnya dapat gak meringankan jari jemari untuk update blog ni yang telah dipinggirkan setelah sekian lama...



Mengikut perkembangan semasa, semua pakat2 nak tau pasal iPhone5 kan macam aku gak...
Jadi, aku da terjumpa satu video trailer official punya pasal iPhone5 dekat Youtube tadi, 
Jadi aku mau kongsi lah...hehe


Bagi aku, ni pun antara gadget phone yang terbaek setakat ni, dan setaraf dengan Nokia Lumia920, Samsung Galaxy s3, dan yang seangkatan dengannya....

Jadi, kepada peminat iPhone5 ni, tunggu pa lagi kan, Grab it now before its too late!!!!

Sekian, terima kasih.

p/s: Nasib tak minat iPhone, kalau tak habis duet aku...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 3, 2012

#112. Kesebelasan Terbaik Euro 2012

Assalamualaikum...

Habis sudah demam Euro 2012...
Mesti ada yang happy sebab pasukan pilihan menang dan tak kurang juga yang masih lagi berduka tatkala pasukan pilihan mereka kecundang...

Walaubagaimanapun, itu semua adat pertandingan mesti akan ada menang kalah...
Takkan terjadi kedua2 pasukan menang dalam acara bolasepak ni, tapi kalau acara sukan lain mungkin akan ada dua pasukan juara serentak...

Jadi, di sini ingin diberitahu kesebelasan utama TERBAIK untuk Euro 2012 ni, 
Bermula dari penjaga gol, pertahanan, pertengahan dan penyerang.

1. GK, Iker Casillas, Spain

2. RB, Theodor Gebre Selassie, Czech Republic

3. CB, Holger Badstuber, Germany

4. CB, John Terry, England

5. LB, Jordi Alba, Spain

6. DM, Andrea Pirlo, Italy

7. CM, Xavi Hernandes, Spain

8. AM, Andres Iniesta, Spain

9. AM, David Silva, Spain

10. FW, Fernando Torres, Spain

11. FW, Christiano Ronaldo, Portugal

Jadi, apa '1st eleven' hampa???

Sekian, terima kasih.

p/s: RB aku lebey suka Glen Johnson dari England.... =)
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, June 26, 2012

#111. Runningman Episode 100

Runningman merupakan sebuah rancangan realiti tv dari Korea yang genre agak berlainan dari rancagan2 realiti tv sebelum ini.
Mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan semakin mendapat tempat di kalangan peminat seluruh dunia sehingga ada selebriti antarabangsa turut serta dalam rancangan tv ini...


Berikut adalah link untuk episode kali ini, SELEPAS MENEKAN LINK ANDA PERLU TUNGGU 5 SAAT DAN TEKAN "SKIP AD"...

Selamat menonton... =)


Credits goes to www.ktvshow.net, for download purpose, you can go to www.syok.org

Sekian, terima kasih...


Klik beribu lemon di sini...

Saturday, June 16, 2012

#110. Wanita Dipaksa Gugur Kandungan 7 Bulan

Assalamualaikum....

Kejadian ini berlaku di negara China di mana seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya atas sebab tidak mampu membayar denda kepada kerajaan China kerana mempunyai anak lebih dari seorang.



Ini kerana kerajaan China mengamalkan polisi satu keluarga satu anak,
Jadi, kalau sapa nak anak lebih dari seorang kenalah bayar denda,
Dah lupa denda dia tu tapi banyak jugak la, bukan kena RM100 k.

Oleh sebab tidak mampu membayar denda tu, jadi wanita ini terpaksa menggugurkan kandungannya,
Dan di bawah ni ada video mengenai wanita tersebut, fikir-fikirkan...


Kandungan dia dah cukup sifat kot...hmm

Sekian, terima kasih
p/s: ramai yang berpendapat doktor yang menggugurkan kandungan ni adalah pembunuh yang sebenar.....
Klik beribu lemon di sini...

#109. Nasi Kandar Terbaik Di Malaysia

Assalamualaikum....

Cerita pasal nasi kandar paling sedap comform sampai bila pun tak habis kan,
Mesti pakat2 kata nasi kandar dekat tempat masing2 paling sedap kan....
Tapi ada satu tempat ni dekat Penang Road memang terkenal dengan keenakan nasi kandarnya yang boleh dikatakan satu Malaysia pun tau la...

Ni dia, Nasi Kandaq Line Clear...

Nasi Kandaq Line Clear ni memang tidak dapat dinafikan kesedapan dia...
Pengunjung tempatan dan luar negara sanggup beratur semata-mata untuk mendapatkan nasi kandaq ni saja..
Kadang2 ada yang sanggup beratur di bawah panas terik matahari hanya kerana nasi kandar line clear..


Ramuan rempah ratus yang cukup rasa merupakan salah satu daripada rahsia kedai nasi kandaq line clear ni boleh bertahan hampir 50 tahun...
Lama tu 50 tahun, bukan senang nak bertahan dalam dunia perniagaan selama 50 tahun ni...hehe


Selain itu, kedai ni juga popular dengan nasi beriyani dia...
Nasi beriani pun orang kata cukup rasa ramuan dia...
Haih, rugi la orang kata kalau pi Penang tu tak singgah Nasi Kandaq Line Clear ni, macam2 menu yang sedap ada..hehe


Jadi pa tunggu lagi, bila melawat Penang tu jangan lupa simpan space sket dalam perut tu untuk nasi kandaq line clear ni, comform tak nyesal punya bila singgah makan tempat ni...hehe

Sekian, terima kasih.

p/s: aku pun tak pernah rasa lagi, nanti nak kena singgah jugak sekali..hehe 
Klik beribu lemon di sini...

Monday, June 11, 2012

#108. Update Euro Hanya RM1 Dengan Celcom

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...

Aku comform suma pakat demam Euro kan la ni...
Mana satu team pilihan anda???

Setelah habis pusingan pertama ni, aku target France dgn Rusia boleh layak ke separuh akhir,
Tapi tu cuma andaian saja...



Sekarang, aku update pasal Euro melalui Celcom sahaja,
Package dia RM1/seminggu,
Murah ja kan, sehari dia hntar hampir 6 sms dekat aku update pasal Euro sahaja...hehe
Jadi, aku rasa servis ni berbaloi dan aku rasa tak rugi share dengan hampa semua...hehe

Ni cara2 nak melanggan update Euro melalui Celcom:

taip:
ON EUL dan hantar ke 26060

Mudah ja kan, jadi selamat mencuba dan semoga benda ni dapat membantu sedikit sebanyak peminat bolasepak Euro update pasal bola...

Sekian, terima kasih.

p/s: jgn lupa match Malaysia vs Singapore malam ni pukul 8.45 malam =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, May 31, 2012

#107. Jom Pi Himpunan Hijau ke Putrajaya

Assalamualaikum...
dan selamat sejahterata...

Hari ni iaitu 1 Jun 2012 akan berlangsung Himpunan Hijau ke Putrajaya, 



Jadi, datanglah beramai-ramai noh.... ^_^

Sekian,
terima kasih.

p/s: ramai la loq staq hari ni...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, May 24, 2012

#106. Video Debat PTPTN Full Version KJ vs Rafizi

Assalamualaikum...
Dalam kelapangan cuti hujung minggu ni, pa kata kita membuka minda sikit mendengar perdebatan isu yang semakin mendapat perhatian ini iaitu PTPTN.

Debat ini berlangsung pada 22 Mei 2012 di Karangkraf, Shah Alam
Di antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli VS Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Saksikan dan komenkan...hehe 


Sekian, terima kasih.
p/s: KJ ni bukan abang kandung aku ok... =)

Klik iklan tepi ni sama tau >>>>>>>>>>>>>>
Klik beribu lemon di sini...

Friday, April 27, 2012

#105. Bersih 3.0 Rally Updated..!!!

Assalamualaikum...
ni antara gambar2 terkini mengenai Bersih 3.0...
dan semua gambar ni telah diambil dari page fb http://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari
jadi segala sumber2 berita tentang Bersih 3.0 ni  akan dikreditkan kepada page fb ini...

Jadi, antara gambar2 yang terkini....


Antar checkpoint tempat berkumpul sebelum semuanya ke Dataran Merdeka.


Ni meme gambar terbaik la org kata...hehe


 Orang ramai telah berkumpur sekitar Dataran Merdeka semalam lagi


Sekitar Masjid Jamek jam 7.29am


 Sekitar Masjid Negara jam 8am

Sekitar Petaling Street jam 8.10am

Gambar paling terkini sekitar jam 8.48am

9.36am berhampiran Pavilion...

Media luar tampil untuk menyaksikan Bersih 3.0 secara live

Situasi di KLCC ketika jam 11am
Bersih di KLCC
Terkini sekitar 11.15am di Petaling Street

Bersih 3.0 di Jalan TAR...
Bersih 3.0 di masjid negara sekitar 11.30am


Live Bersih 3.0 >>> Bersih

Sekian, terima kasih.
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, April 25, 2012

#104. Pendapat Matlutfi90 Tentang Politik Malaysia

Assalamualaikum...
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian...

Kali ni malas nak cakap banyak...
Sebab semua akan diceritakan dalam video matlutfi kat bawah ni...
Layan....


Jadi, pa pendapat hampa suma???

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

p/s: akan wujudkah penghujahan politik yang bersih???hmm....
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, April 24, 2012

#103. 'Yahoo' Pun Sokong PTPTN Diteruskan???

Assalamualaikum...
Dan selamat sejahtera...

Pergh!!!
Kali ni nak sentuh sikit isu sensitfi iaitu bekaitan PTPTN...

Perlu ka PTPTN dimansuhkan???
@
Perlu mansuhkan cukai perkhidmatan 1% sahaja yang dikenakan oleh PTPTN???



Jadi, mana satu yang bermain di fikiran anda???
Mana yang anda rasa patut PTPTN laksanakan???

Cuba tengok gambar kat bawah ni:
Berdasarkan poll yang dijalankan oleh Yahoo baru2 ni:

48% - Sokong pembelajaran percuma
49% - Sokong PTPTN kekal sebagai pinjaman
3% - Langsung tak ambil peduli jika PTPTN ni percuma ataupun masih lagi sebagai pinjaman
(seramai 28869 orang telah sudi untuk terlibat dalam poll ni)


Jadi, ni pendapat aku lah...
Aku antara kalangan 49% tu, walaupun kalah tipis sahaja dengan 48%, tapi ni antara hujah2 aku mengapa aku sokong PTPTN kekal sebagai pinjaman:

> Jika pendidikan percuma diberi, kemungkinan semangat untuk belajar tu tak sama macam sekarang, contohnya bila pendidikan percuma, student bleh suka hati nak ngaji bila2 pun, nak berhenti bila2 pun tak dak masalah sebab tak rugi seduit pun.

> Pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk belajar sebab kita semua dah tau jika graduate dapat 1st class degree, PTPTN akan dikira percuma. Tetapi jika gagal mendapat 1st class, pelajar akan rasa bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman jika mereka memikirkan duit yang dibayar mereka nanti adalah untuk kegunaan generasi akan datang.

> Kalau kita bagi orang pinjam RM10 pun kita akan tuntut balik RM10 tu kan pada masa akan datang kan. Tipu la kalau senang2 cam tu ja hampa HALALKAN RM10 tu. Macam tu jugak dgn PTPTN.

Cuma aku sokong kalau mansuhkan caj perkhidmatan 1% tu sahaja sebab dah terang2 benda tu membebankan peminjam.

Jadi, bila dilihat kembali kat poll kat atas ni kan, dah terang tak semua yang sokong Occupy Dataran tu. Occupy dataran tu bukan majoriti suara mahasiswa okay!!!!!!

Sekian, terima kasih.

p/s: kindly leave your comments if found any doubts... =)
Klik beribu lemon di sini...

Monday, April 23, 2012

#102. Kelebihan dan Kekurangan Ipad 3

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera..

Pergh!!!! Ipad 3 dah kuar tu...
Jadi sapa2 yang ada duet banyak tu ataupun memang dah simpan duet untuk beli tu, beli cepat2 sementara stok masih ada. 
Kalau tak silap, ketika ditaip pasal post ni, Ipad 3 masih belum dilancarkan di Malaysia, tetapi kalau salah maklumat, saya mintak maaf siap2 lah...hehe


Sememangnya portable gajet seperti Ipad 3 ni sudah menjadi trend pasa masa kini, tak lupa juga kepada Samsung Galaxy Note, Galaxy Tab dan macam2 lagi lah.



Disenaraikan di bawah ni beberapa KELEBIHAN Ipad 3, produk keluaran terbaru dari syarikat gergasi dunia iaitu Apple ni, antaranya:

> Paparan skrin yang mengagumkan dengan 200 piksel seinci, dan boleh dilihat perbezaan yang amat ketara jika diletakkan Ipad 3 dan Ipad 2 bersebelahan.

> Kualiti warna yang 50% lebih elok dari model sebelumnya.

> Memainkan format betul2 HD iaitu 1080HD

> Tahan lasak, terdapat ujian dengan menjatuhkan Ipad 3 mengikut ketinggian ketika kita berdiri, dan apabila jatuh kali ke-2 baru meninggalkan kesan calar malah Ipad 3 masih boleh digunakan seperti biasa tanpa masalah.




Disenaraikan juga beberapa KEKURANGAN Ipad 3 ini, antaranya:

> Wifi kerap putus, average dalam setiap 30 minit.

> Bateri terlalu panas - tapi tidaklah panas sangat seperti yang kita bayangkan.

> Design tetap sama, tidak berubah dan peminat2 Ipad di luar sana amat mengharapkan inovasi terhadap bentuk Ipad pada masa hadapan.

Sekian, setakat ini sahaja ulasan pasal Ipad 3,
Jika tersalah maklumat saya memohon sejuta kemaafan... =)

Wassalam.

p/s: gaya aku komen kat atas ni macam aku ada Ipad 3 la pulak, padahal baca dekat Yahoo ja pun.. =)

Klik beribu lemon di sini...

Saturday, April 14, 2012

#101. Jom Undi Anugerah Astro Arena 2012

Assalamualaikum...

Jom pakat2 mengundi calon kegemaran anda dalam Anugerah Arena Sukan 2012...
Walaupun para atlit sukan negara kita tidaklah seGlamor artis ABPBH tetapi sekurang-kurangnya berilah  penghargaan kepada mereka yang tidak berhenti-henti mencurah keringat kepada negara tercinta...

Antara kategori2 yang dicalonkan pada anugerah tersebut adalah:

> Atlet lelaki pilihan berpasukan (Apek)

> Atlet wanita pilihan berpasukan (Nur Fatehah)

> Atlet muda pilihan (Nazmi Faiz)

> Kebangkitan pilihan (Sam Chong)

> Jurulatih pilihan (Ong Kim Swee)

> Blog sukan pilihan (Suara Sukan 1Mas)

> Perlawanan pilihan (Malaysia lwn Australia - Hoki)

> Meja sukan pilihan (Kosmo)

**Dalam kurungan adalah calon undian aku... =)

Untuk mengundi, klik sini >>>> Anugerah Astro Arena


Sekian, terima kasih.
Pakat2 la roger kawan2 @ sedara mara @ seangkatan dengannya untuk mengundi ni. Seeloknya yang ada internet takdak masalah kan. Jadi, undilah sekarang!!!!

p/s: Majulah ranking bolasepak Malaysia pada masa akan datang... =(

Klik beribu lemon di sini...

Friday, April 13, 2012

#100. Diet Hang Tuah

Assalamualaikum....
Apa habaq semua???hehe
Lama noh tak post..

Baru2 ni aku ada terbaca mengenai 'Diet Hang Tuah'
yang telah dibukukan oleh Mat Hassan Esa



Antara intipati buku tersebut ialah:

> Pemakanan Hang Tuah adalah seimbang di mana jumlah kalori disumbangkan sehari adalah 25% karbohidrat, 25% fiber, 25% protein dan 25% lemak.

> Lakukan senaman sekurang-kurangnya 25 minit sehari dan senaman lasak 3 kali seminggu.

> Pumping, push up dan squatting 20 kali sehari sama ada pagi, petang atau malam.

> Terdapat 4 tahap kekuatan; Pertama ialah kekuatan fizikal, kekuatan fizikal mempengaruhi kekuatan kedua iaitu kekuatan mental, kekuatan kedua berkait rapat dengan kekuatan ketiga iaitu kekuatan rohani dan terakhir sekali kekuatan emosi.

p/s: Kalau kat Kedah, 'Hang' lebey dari 5 bersaudara kot... =)
Klik beribu lemon di sini...

Thursday, March 15, 2012

#99. Mai Order Official T-shirt Vanilla Coklat Kaih!!!!

Assalamualaikum...
Dan salam Vanilla Coklat...haha



Pergh!!!!!
Mesti ramai peminat drama romantik versi Melayu berpuas hati dengan cita Vanilla Coklat ni kan...
Yela, sweet gila kot Amir dgn Zara tu...
Nek jelez kot tengok...haha

Haaa, aku kt sini nak promote ja baju Vanilla Coklat ni...
Kot2 ada yang tak tau lagi ka pasal baju ni...

Dia ada dua warna...
Aku cuma letak sample baju ja k...
Warna puteh dengan coklat ja yg ada...



Jangan risau, aku tak makan komisen pa2 pun...
Untuk order dan keterangan lebih lanjut tentang saiz dan harga dia,
Klik sini >>>> Vanilla Coklat T-shirt

Jadi, tunggu pa lagi,
Selamat menempah t-shirt drama kegemaran anda ni =)

Sekian =)
p/s:tlong promote ja tp tak order pun...hehe
Klik beribu lemon di sini...

Friday, March 9, 2012

#98. Kedudukan Jutawan Malaysia Dalam Forbes

Assalamualaikum...
Dan salam sejahtera...



Baru2 ni telah dikeluarkan senarai 'billionaire' Malaysia yang diketuai oleh tokei besar gula Malaysia iaitu Robert Kuok dan diikuti oleh tokei besaq syarikat telekomunikasi Maxis.

Dalam senarai top 10 tersebut, terdapat seorang bumiputra iaitu Syed Mokhtar al-Bukhary yang boleh dikatakan tokei pengangkutan di Malaysia ni...

Baru2 ni gak Forbes telah mengeluarkan senarai baru orang paling kaya di dunia.
Wakil Malaysia bermula pada ranking ke 66 iaitu Robert Kuok dengan anggaran nilai kekayaan beliau berjumlah 12.4 billion dolar amerika....

66. Robert Kuok - 12.4 billion dolar


93. Ananda Krishnan - 9.9 billion dolar


196. Lee Shin Cheng - 5.2 billion dolar


205. Teh Hong Piow - 5 billion dolar


255. Quek Leng Chan - 4.2 billion dolar


344. Syed Mokhtar al-Bukhary - 3.3 bilion dolar


464. Yeoh Tiong Lay - 2.6 bilion dolar


854. Tong Hiew King - 1.5 bilion dolar


1015. Vincent Tan - 1.2 bilion dolar


Hebat gak kan orang kaya negara kita ni...
Sebab ada gak yg termasuk dalam ranking 100 dunia tu...ingat senang ka...hehe

Sekian,
Terima kasih

p/s: Alhamdulillah, ada gak sorang bumiputra dalam senarai, mungkin aku pulak lepas ni =)
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...