Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Saturday, June 16, 2012

#109. Nasi Kandar Terbaik Di Malaysia

Assalamualaikum....

Cerita pasal nasi kandar paling sedap comform sampai bila pun tak habis kan,
Mesti pakat2 kata nasi kandar dekat tempat masing2 paling sedap kan....
Tapi ada satu tempat ni dekat Penang Road memang terkenal dengan keenakan nasi kandarnya yang boleh dikatakan satu Malaysia pun tau la...

Ni dia, Nasi Kandaq Line Clear...

Nasi Kandaq Line Clear ni memang tidak dapat dinafikan kesedapan dia...
Pengunjung tempatan dan luar negara sanggup beratur semata-mata untuk mendapatkan nasi kandaq ni saja..
Kadang2 ada yang sanggup beratur di bawah panas terik matahari hanya kerana nasi kandar line clear..


Ramuan rempah ratus yang cukup rasa merupakan salah satu daripada rahsia kedai nasi kandaq line clear ni boleh bertahan hampir 50 tahun...
Lama tu 50 tahun, bukan senang nak bertahan dalam dunia perniagaan selama 50 tahun ni...hehe


Selain itu, kedai ni juga popular dengan nasi beriyani dia...
Nasi beriani pun orang kata cukup rasa ramuan dia...
Haih, rugi la orang kata kalau pi Penang tu tak singgah Nasi Kandaq Line Clear ni, macam2 menu yang sedap ada..hehe


Jadi pa tunggu lagi, bila melawat Penang tu jangan lupa simpan space sket dalam perut tu untuk nasi kandaq line clear ni, comform tak nyesal punya bila singgah makan tempat ni...hehe

Sekian, terima kasih.

p/s: aku pun tak pernah rasa lagi, nanti nak kena singgah jugak sekali..hehe 
Klik beribu lemon di sini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...