Assalamualaikum...
puasa 6 habis tak lagi????hehe
bagi yang memasang hajat untuk berpuasa 6 hari pada bulan Syawal ni, masih sempat lagi, jangan risau sebab baru 16 Syawal ja....aku pun tak mula g..hehe
Nak cer sket ja kali ni...
Aku sebagai salah seorang student uitm pun tak paham, pasai pa kes pelik2 semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar UiTM...
Baru ja nak reda kes rakan tikam rakan dekat salah satu UiTM bahagian utara semenanjung, tup-tup ada lagi kes jenayah yang melibatkan pelajar UiTM...
Pada yang baca surat khabar ataupun terdengar berita, sorang budak UiTM kos ukur bahan disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang remaja perempuan di Ampang...
Mangsa yang berumur 19 thn DIBAKAR setelah dibunuh ataupun DIBAKAR ketika masih hidup tu tak tau la kan...masih dalam siasatan polis tetapi dimaklumkan dengan penagkapan pelajar tersebut, dapat selesaikan kes ni...
Aduh, student2 suma tolong la berfikiran waras...Tolong fikir masak2 dulu sebelum membuat sesuatu perkara...sebab tengok sendiri la, benda2 cam ni boleh menjejaskan maruah sesebuah IPTA/IPTS tersebut...
Sekian, setakat ni dulu luahan/keluhan ikhlas dariku..hehe
Wassalam.
sumber dari Kosmo
p/s: Diharapkan, tiada lagi kes2 seumpama ni pasni kan..doa ramai2 okay =)