dan salam sejahtera...

Lama pulak rasanya tak update blog ni kan sebab agak malas sikit kebelakangan ni...
Mesti anda rasa panas kan mendengar tajuk entri kali ni...
Nak ulas sikit pasal tajuk Berita Minggu kelmarin "Layan macam pelacur"...
Macam ni...
Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr. Rohaya Mohamed telah menyatakan bahawa jika seseorang isteri yang dikahwini itu pandai melayan suaminya setaraf ATAUPUN lebih hebat dari seorang pelacur, maka suaminya tidak sama sekali akan berpaling tadah dan mencari masalah dalam hal rumah tangga.
Patut ka Dr.Noreha cakap macam tu???
Dr. Noreha ni turut cakap yang kegagalan si isteri melayan nafsu suami yang secara zahirnya jauh lebih besar daripada si isteri merupakan antara faktor berlakunya keruntuhan rumahtangga, pembuangan bayi dan si suami terdorong untuk mencari perempuan simpanan ataupun pelacur dengan tujuan untuk memuaskan nafsu.
Mungkin pendapat Dr.Noreha ni berasas TETAPI....
Kurang bersetuju dengannya sebab Dr.Noreha seperti menyamakan taraf seorang isteri seperti pelacur. Cuma dia "up" sikit jadi "pelacur kelas atasan".
Sebab...
Seperti kita tahu, dalam agama Islam itu sendiri rasanya tak pernah pun menyamakan seorang isteri dengan pelacur tetapi Dr.Noreha ni pulak bercakap sebaliknya.
Anda boleh melihat majoriti pembaca memberikan komen yang negatif menyatakan tidak bersetuju dengan Dr.Noreha. Untuk rujukan, boleh klik link ni>>>>Dr.Noreha
Jadi...
Bagaimana pendapat anda?????
Setakat ini sahaja untuk kali ini.
Sekadar berkongsi pandangan.
Wassalam...