Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Wednesday, June 1, 2011

#9. Renungan: Pernah dengar "Minyak dagu"???


Assalamualaikum....



Kali ni baru berkesempatan untuk menulis entri baru dan teringin hendak berkongsi mengenai perihal "Minyak dagu"(MD) yang menjadi amalan segelintir masyarakat Melayu sendiri. MD ni juga boleh dikatakan sebagai Minyak pengasih la.

tetapi...

Kepada pengamal ilmu sihir MD ni, comform masuk neraka sebab berani cuba menyekutukan Allah, meminta pertolongan dari makhluk selain dari Allah dengan cara memuja makhluk2 halus ni.

dan...

Di sini nak kongsi maklumat ringkas, tak kira lelaki @ perempuan harus berhati-hati kerana ilmu MD ni memerlukan si pengamal menyapu MD di jari manis mereka dan 'calit' kepada mangsa di mana2 bahagian kulit. Bahaya kan bila baca pernyataan ni.

dan...

Pernah disiarkan di dalam akhbar Metro bahawa seorang artis mengaku terkena MD yang menyebabkan individu terbabit berpisah dengan husband dan anaknya. Sedih kan.

dan...

untuk maklumat lebih terperinci tentang minyak dagu ni, kepada yang berminat sila baca penjelasan di bawah ni...diambil daripada blog 'pak cik'. Selamat membaca...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang. Kali ni pak cik nak ceritakan pada korang tentang cara penyediaan minyak dagu. Tujuan pak cik bukanlah untuk mengajar korang membuat perkara yang salah, jangan risau, pak cik takkan list kan tatacara penuh, takut nanti ada orang yang tetap buat.

Pak cik harap dengan pendedahan seperti ini, sedikit sebanyak korang boleh tau proses pembuatan minyak dagu. Tak yah men la minyak dagu, yang suka korang tu jasad je, tapi jiwa yang sayang pada korang tu bukan si dia, tetapi mayat si mati. Ok, pertama sekali jom kita tengok camne diorang sediakan minyak dagu.

Bahan-bahan untuk menyediakan minyak dagu adalah seperti berikut:-

  • Minyak dagu perempuan yang mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya
  • 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan
  • Minyak dagu kokang
  • Anjing hitam
  • mayat orang mati dibunuh secara kejam

Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing2, maka ia adalah hidup.

Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam. Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.

  • Mandi dan minum Air Kelapa
  • Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  • Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  • Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat,

dan terdapat juga maklumat yang lebih detail lagi dalam apadahjadi.blogspot.com.

dan...

ada juga cerita omputih yang mempunyai kaitan dengan MD ni..."Perfume:the story of a murderer".Lebih kurang macam tu la tajuk dia...

Apa pendapat anda?
Sekian, setakat ini sahaja, sekadar berkongsi sedikit pengetahuan.
Wassalam... =)

Credit to fara jaafar(got the idea from her)



Klik beribu lemon di sini...

5 comments:

Unknown said...

hg kena wat komen pop up... wat cmni org malas nk komen. ok? n then.. xpayah la word verification utk komen.aku malas.hahahaha

Ali Junior said...

credit???
keskes..jgn dok p calit tak tahwan naim...hahaha

NaimJamaluddin said...

dyra:sat, tgh dk cri setting dia..haha

ali:mana maen calet2 ni..aih...

Meirr Leeysa said...

harap2 ta terkene , haha

NaimJamaluddin said...

InsyaAllah, kita dipelihara dari bnda2 cm ni...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...