Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Wednesday, July 13, 2011

#36. Keputusan Malaysia vs Arsenal (2011)

Assalamulaikum...
dan salam sejahtera...

Entri kali ni nak wat ringkasan pasal game Malaysia lwn Arsenal tadi...hehe
Keputusan memihak Arsenal dengan 4 gol tanpa balas...
Highlight bertulis pada perlawanan tu adalah seperti berikut...hehe


Ramsey 4' penalti - disepak ke tengah, Gol
Safiq Rahim 24' - ditepis keeper Arsenal
The0 Walcot 36' - keeper Malaysia lemas, Gol gak
Ramsey try 51' - bola naek ke bulan
Carlos Vela 58' - cip bola yang menarik, Gol gak
Rosicky try 80' - dah lupa cena =)
Rosicky 90' - tanduk seket ja, di assist oleh Persie, Gol gak
Ashaari 90' + 3' - berjaya ditangkap kemas keeper Arsenal

Setakat ini dulu,
Jangan sebab friendly ni, kita tak sokong Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia lawan Singapore pada 23hb ni pulak...hehe

Sekian,
Wassalam...

credit: dengar cita, time Malaysia hold ball, kena boooo.... =(
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 12, 2011

#35. Lelaki Bisu Terjun Bangunan

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...

entri kali ni pasal berita dalam Berita Harian ja...hehe
Kejadian ni terjadi dekat hospital Selayang...

Lelaki tu dipercayai pekak dan bisu

dan...

Sedang mendapatkan rawatan untuk penyakit tibi sejak Sabtu lalu...

dan...

Ntah la pa motif lelaki tu membunuh diri...

Aku rasa la mungkin dia 'moral down' sebab penyakit dia tu kot...

ataupun...

Dia ada penyakit mental, time tu nurse pulak tak jaga dia...pastu tengok tingkap hospital terbuka pulak, pa lagi.... <<<< assumption ja..hehe

Tapi harap2 jangan la pembaca ikut lelaki ni, comform tak masuk syurga kalau bunuh diri mengikut agama Islam...

Jadi, setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya...hehe

Setakat ini sahaja,
Sumber dari Berita Harian...

Sekian,
Wassalam...

credit: terjun dari tingkat 9 tu....pergghhhh!!!!


Klik beribu lemon di sini...

Friday, July 8, 2011

#34. BERSIH just started

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera...
moga negara kita akan aman dan tenteram sampi bila-bila...


Kuala Lumpur sedang tegang sekarang ni....
Sebab BERSIH 2.0 sedang bergerak....

Entri kali ni just nak kongsi kalau ada di kalangan anda nak tau update pasal BERSIH 2.0 ni
klik link kat bawah ni....

Semakin ramai telah ditahan sebentar tadi....

Sekian,
Diharapkan keamanan negara ini berterusan...

Setakat ini dahulu,
Wassalam.

credit: diharapkan tidak meragut nyawa mana2 pihak... =(

Jom shopping di sini >>> blogshop =)
Klik beribu lemon di sini...

#33. Cara Atasi Panas Baran

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...


Sihat2 ke tak anda sekarang????
Kalau tak sihat, rasa cam senang nak naek angin tak????hehe

Haa, entri kali ni nak cer pasal cara2 untuk atasi panas baran...yang dipetik dari akhbar Kosmo...

Kosmo menceritakan bahawa panas baran bukan sifat keturunan sebaliknya ia adalah "sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang".

Hal ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus bergantung kepada kehendak diri individu terbabit...

Rasulullah SAW juga mencadangkan dua kaedah untuk mengatasi panas baran iaitu mengubah posisi seperti kita sedang marah ketika berdiri, jadi kita perlu duduk untuk mengurangkan panas baran time tu dan kaedah paling berkesan ialah dengan mengambil wuduk...

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda " marah datangya dari syaitan dan syaitan diciptakan daripada api, sedangkan api pulak hanya dipadamkan dengan air". Oleh itu, salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah berwuduk (hadis Riwayat Abi Daud)

Kalau ikut kaedah psikologi, panas baran berpunca dari kegagalan seserang individu mengawal emosi dirinya...

Jadi, terdapat beberapa langkah yang disarankan oleh pakar psikologi seperti:

1) Jauhkan diri dari situasi menimbulkan marah
Kalau dah tau pasangan anda cepat naek angin, jadi jangan la buat perkara2 yang ble menyebabkan dia naek angin k...hehe

2) Mendiamkan diri ketika marah
Aku caya cara ni mesti ramai orang buat kan untuk mengelakkan sesuatu keadaan tu jadi lebey serius kan...hehe..tapi kaedah ni antara yang terbaek tapi bila kerap kita mendiamkan diri, orang akan pijak kita balik...huhu

3) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
Selalu orang marah2 mesti kata macam2 benda yang negatif kan beserta dengan muka bengis dan berkerut...Jadi, kita tukar stail dengan marah sambil senyum ataupun perli orang yang wat kita naek angin tu. Tapi, perli sket2 sudah la...nanti orang tu angin balik dengan kita pulak..hehe

4) Luah pada masa dan tempat yang sesuai
Luah perasaan marah jika perlu dan kena pada tempatnya...Jangan pendam sebab bila pendam akan menyebabkan barah panas baran semakin membesar...hehe

5) Bawa bertenang
Acting cool...still chill..walaupun anda tengah marah dekat seseorang tetapi cuba bertenang, p mnum air masak dulu ka time marah tu, mana tau kot2 reda seket panas baran time tu...tapi bawa bertenang ni lbey kurang macam point nomot 3 tu...hehe

6) Senyum
Had ni paling baguih, walaupun marah still try senyum untuk mengelakkan kemarahan menjadi semakin serius. Yela, syaitan yang dok hasut kat belakang, kalau kita jadi marah mesti syaitan syok tapi kalau kita ble lagi bagi senyuman mesti syaitan panas baran balik kat kita...hehe

Jadi, setakat ini sahaja...
Panas baran jangan dijadikan tabiat hidup k...
Guna bila perlu sahaja...hehe

Sekian,
Wassalam.

credit: senyuman yang terukir sentiasa menjadi penawar kepada kemarahn dan sikap baran anda =)
Klik beribu lemon di sini...

Wednesday, July 6, 2011

#32. Tupai Jenis Panjang Umur

Assalamualaikum...
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian...diharapkan sihat2 selalu..hehe

Kali ni nak cer pasal sekor tupai yang terselamat daripada dibelah oleh keta Lamborghini..
Cer tengok video kt bawah ni dulu:


Wow!!!!
Biaq betui....hehe

Memang timing tupai tu cun2 kan...
Kalau dia lewat sesaat atau cepat sesaat, cmfm si tupai tu akan cedera parah ataupun mati di tempat kejadian....

Sebab tu entri kali ni diberi nama tupai panjang umur...sempena dengan peristiwa yang terjadi di sebuah trek keta...

Diharapkan kepada tupai2 laen, tengok kiri dan kanan dulu sebelum melintas ek... =)

Setakat ini sahaja,
Tak jumpa lagi pic menarik untuk segmen "wordless wednesday",
Diharapkan minggu akan datang akan ada jugak entri WW ni...hehe

"follow me and certainly i'll follow you back" (",)

Sekian,
Wassalam.

credit: lamborghini tu tengah pecut 100++mph time tu... =)
Klik beribu lemon di sini...

Tuesday, July 5, 2011

#31. Gaya Rambut Gurl Terkini 2011

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera, diharapkan pembaca sekalian sihat2 belaka...hehe

Kali ni nak merapu pasal stail rambut "freehair" gurl yang terkini...

Antaranya :

1)Nikki Reed punya stail rambut...pelakon Twilight yang jadi pompan jahat tu...dia la ni...hehe
Jenis da 'remoih' kad depan tu...


2)Stail rambut Megan Fox. Lurus menawan orang kata... Ex-heroin Transformer la katakan...

3)Michelle Trachtenberg punya stail rambut....ala2 kuda pony cam tu..hehe


4) Jennifer Hudson punya stail. Dia ala2 "sexy shag" sket2...hehe


5) Rambut stail Ginnifer Godwin ni simple kan, pendek dan versatil. Kelihatan kemas dan rapi


6) Hillary Duff ketika rambut pendek. Dia wat gaya sanggui sket kat rambut dia tu..


7) Anna Faris yang suka berlakon cerita "Scary Movie" ni. Kalau anda perasan la kan...hehe
Rambut dia cantik gak sebab lurus dan warna rambut yang menarik

8) America Ferrera punya stail macam kuda pony gak cuma dia letak rambut sama ada belah kiri atau kanan setelah diikat...hehe


Setakat ni dulu,
Nanti jika tiada aral melintang, aku wat versi tudung pulak ok..hehe
Dan, entri untuk trend rambut lelaki yang pernah di post sebelum ni di sini >>> rambut lelaki2011

Sekian,
Wassalam...

"follow me and certainly i'll follow u back fellas" (",)

credit: macam2 aih trend rambut la ni.. =)
Klik beribu lemon di sini...

Sunday, July 3, 2011

#30. Kerana Bulu Mata Masuk Syurga

Assalamualakum...
Entri kali ni bertemakan keagamaan...
Jadi, renung-renungkan...


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,


“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”


“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”


Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”


Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”


disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”


Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”


Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”


Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”


Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”


Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”


“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”


Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”


“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:


“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.., maka perbanyakkanlah kita dengan bertaubat dan tangisilah dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan air......janganlah kita berputus asa dengan Rahmat Allah....sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”?

Sekian,
Sebagai peringatan kepada anda dan diri aku sendiri... =)

Setakat ni saja,
Wassalam.

credit: pernah ka aku mengalirkan air mata???
Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...