Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Friday, July 8, 2011

#33. Cara Atasi Panas Baran

Assalamualaikum....
dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...


Sihat2 ke tak anda sekarang????
Kalau tak sihat, rasa cam senang nak naek angin tak????hehe

Haa, entri kali ni nak cer pasal cara2 untuk atasi panas baran...yang dipetik dari akhbar Kosmo...

Kosmo menceritakan bahawa panas baran bukan sifat keturunan sebaliknya ia adalah "sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang".

Hal ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus bergantung kepada kehendak diri individu terbabit...

Rasulullah SAW juga mencadangkan dua kaedah untuk mengatasi panas baran iaitu mengubah posisi seperti kita sedang marah ketika berdiri, jadi kita perlu duduk untuk mengurangkan panas baran time tu dan kaedah paling berkesan ialah dengan mengambil wuduk...

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda " marah datangya dari syaitan dan syaitan diciptakan daripada api, sedangkan api pulak hanya dipadamkan dengan air". Oleh itu, salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah berwuduk (hadis Riwayat Abi Daud)

Kalau ikut kaedah psikologi, panas baran berpunca dari kegagalan seserang individu mengawal emosi dirinya...

Jadi, terdapat beberapa langkah yang disarankan oleh pakar psikologi seperti:

1) Jauhkan diri dari situasi menimbulkan marah
Kalau dah tau pasangan anda cepat naek angin, jadi jangan la buat perkara2 yang ble menyebabkan dia naek angin k...hehe

2) Mendiamkan diri ketika marah
Aku caya cara ni mesti ramai orang buat kan untuk mengelakkan sesuatu keadaan tu jadi lebey serius kan...hehe..tapi kaedah ni antara yang terbaek tapi bila kerap kita mendiamkan diri, orang akan pijak kita balik...huhu

3) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
Selalu orang marah2 mesti kata macam2 benda yang negatif kan beserta dengan muka bengis dan berkerut...Jadi, kita tukar stail dengan marah sambil senyum ataupun perli orang yang wat kita naek angin tu. Tapi, perli sket2 sudah la...nanti orang tu angin balik dengan kita pulak..hehe

4) Luah pada masa dan tempat yang sesuai
Luah perasaan marah jika perlu dan kena pada tempatnya...Jangan pendam sebab bila pendam akan menyebabkan barah panas baran semakin membesar...hehe

5) Bawa bertenang
Acting cool...still chill..walaupun anda tengah marah dekat seseorang tetapi cuba bertenang, p mnum air masak dulu ka time marah tu, mana tau kot2 reda seket panas baran time tu...tapi bawa bertenang ni lbey kurang macam point nomot 3 tu...hehe

6) Senyum
Had ni paling baguih, walaupun marah still try senyum untuk mengelakkan kemarahan menjadi semakin serius. Yela, syaitan yang dok hasut kat belakang, kalau kita jadi marah mesti syaitan syok tapi kalau kita ble lagi bagi senyuman mesti syaitan panas baran balik kat kita...hehe

Jadi, setakat ini sahaja...
Panas baran jangan dijadikan tabiat hidup k...
Guna bila perlu sahaja...hehe

Sekian,
Wassalam.

credit: senyuman yang terukir sentiasa menjadi penawar kepada kemarahn dan sikap baran anda =)
Klik beribu lemon di sini...

2 comments:

nadia fatihah said...

ye, senyum tak perlu kata ape2. hehe

NaimJamaluddin said...

mcm lirik lagu ja nadia...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...