Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Friday, June 10, 2011

#17. Gol keeper buat hal lagi

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera...

Hari ni ada tertengok video pasal keeper buat hal lagi. Sebelum ni pun ada gk keeper buat hal dan kalau tak silap dari kelab Mesir TETAPI kali ni berlaku benda lebih kurang sama di Italy pulak...

Sebelum nak briefing, baek anda tengok dulu video kat bawah ni...tapi ingat, lepas tengok jangan gelak banyak2 tau sebab tak baek gelakkan orang...hehe


Perlawanan bola ni antara team Termeno dengan Dro yang bersaing dalam divisyen 7 Italy. Team mana yang menang match ni akan di"promoted" ke divisyen 6.

dan...

Palma(player Termeno) nampak agak kecewa bila penalti yang dia ambik tak masuk dan pada masa sama, keeper Dro bernama Angeli yang jaga gawang time tu rasa syok la kan. Dah geng lawan ambik penalti tak masuk. Kalau aku jadi Angeli pn aku akan syok gak...hehe

dan...

Tiba2 ja bola yang disepak oleh Palma secara tak sengaja @ (luck) masuk ke gawang gol diwaktu yang sama keeper Dro bernama Angeli tu berpesta keseronokan.

dan...

Referee time tu pulak mengesahkan gol yang "luck" tu adalah sah. Tunggu pa lagi, team Dro rasa kecewa la kan dan team Termeno mesti la syok time tu.

dan...

Nak dijadikan cerita lagi, player Dro yang ambik penalty last skali tak masuk, keeper Termeno berjaya menepis dengan penuh bergaya. Jadi, Termeno pun berjaya naik divisyen 6 liga bola sepak Italy @ dipanggil Eccellenza.

dan...

Berita terkini mengesahkan perlawanan antara dua team tadi iaitu Termeno dan Dro akan diadakan semula kerana rayuan dari team Dro telah diterima kerana dikatakan bola telah pun mati ketika ia terkena palang gol tersebut. Jadi, gol "luck" tersebut sepatutnya pengadil tak patut kira sebab bola telah mati time tu. Apa2 terjadi ketika keadaan "bola mati" tidak diambil kira dan contoh terdekat adalah gol "luck" Termeno tu.

dan...

Diharapkan kesilapan sama tidak berulang kepada kedua-dua team dan juga kepada mana2 pasukan bolasepak di seluruh dunia terutamanya team Malaysia....

Setakat ini sahaja,
Sekadar renungan untuk membuka minda kita dalam bidang bolasepak ni...
Majulah sukan untuk Malaysia... =)

Wassalam...

credit: diharapkan final Terengganu vs Kelantan tak jadi macam ni la nanti =)


Klik beribu lemon di sini...

2 comments:

Wan Muhammad Syafiq said...

agaknya pengadil tak baca habis buku FIFA kot. :P

NaimJamaluddin said...

haha...tu pasai...
fifa kena pantau laen pgadil mcm ni...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...