Klik Sini Sama Tau Lepas Promote/List Blog Anda Kat Atas Tu (",)

Saturday, May 28, 2011

#6. Kadang-kadang terfikir: Tanda solat di dahi???

Kali ini, sekadar renungan bersama, nak bercerita tentang tanda solat di dahi yang wujud dalam segelintir masyarakat di sekeliling kita.
Malah tanda tersebut mungkin terdapat di kalangan bapa kita kerana tanda tersebut selalunya kelihatan pada kaum adam sahaja.

Tujuan topik ini dipilih adalah untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap golongan yang mempunyai tanda solat di dahi ni. Sebab pernah terdengar masyarakat berpandangan bahawa golongan ini pada waktu sujud, mereka sengaja bg seret kepala, nak bagi lekat bekas sujud tu.

Jadi, setelah meng'google' tadi, terjumpa ni dalam zaharuddin.net. Harap ia membantu sikit lah..
Selamat membaca... =)

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )

Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

dan...

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.

dan...

Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 ) :-

a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)

b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)


Sekian. Maklumat lanjut di zaharuddin.net

Jika anda mempunyai sebarang pendapat,dialukan untuk berkongsi yea... =)


Wassalam...


Klik beribu lemon di sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...