Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang. Kali ni pak cik nak ceritakan pada korang tentang cara penyediaan minyak dagu. Tujuan pak cik bukanlah untuk mengajar korang membuat perkara yang salah, jangan risau, pak cik takkan list kan tatacara penuh, takut nanti ada orang yang tetap buat.
Pak cik harap dengan pendedahan seperti ini, sedikit sebanyak korang boleh tau proses pembuatan minyak dagu. Tak yah men la minyak dagu, yang suka korang tu jasad je, tapi jiwa yang sayang pada korang tu bukan si dia, tetapi mayat si mati. Ok, pertama sekali jom kita tengok camne diorang sediakan minyak dagu.
Bahan-bahan untuk menyediakan minyak dagu adalah seperti berikut:-
- Minyak dagu perempuan yang mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya
- 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan
- Minyak dagu kokang
- Anjing hitam
- mayat orang mati dibunuh secara kejam
Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing2, maka ia adalah hidup.
Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.
Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam. Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.
Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.
Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.
- Mandi dan minum Air Kelapa
- Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
- Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
- Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat,
5 comments:
hg kena wat komen pop up... wat cmni org malas nk komen. ok? n then.. xpayah la word verification utk komen.aku malas.hahahaha
credit???
keskes..jgn dok p calit tak tahwan naim...hahaha
dyra:sat, tgh dk cri setting dia..haha
ali:mana maen calet2 ni..aih...
harap2 ta terkene , haha
InsyaAllah, kita dipelihara dari bnda2 cm ni...hehe
Post a Comment